Semakan Penyata KWSP Online ( Login i-Akaun)

Semakan Penyata KWSP Online ( Login i-Akaun) . Kumpulan Wang Simpanan Pekerja ( KWSP ) merupakan badan kewangan yang membantu rakyat Malaysia untuk membuat simpanan bagi kegunaan di hari tua kelak.

KWSP mempunyai 2 jenis akaun, iaitu akaun utama dan juga akaun 2. Wang di dalam kedua-dua akaun ini cuma boleh dikeluarkan mengikut jika menepati syarat yang ditetapkan oleh KWSP.

baca: Bantuan Prihatin Rakyat (BPR)

untuk makluman, KWSP telah mewujudkan sistem atas talian / online bagi membolehkan mereka untuk membuat semakan penyata KWSP secara online melalui i-Akaun dengan mudah dan pantas.

Semakan Penyata KWSP Online

Kepada mereka yang telah mempunyai akaun sah, anda boleh terus login ke sistem i-Akaun untuk membuat semakan penyata KWSP online.

Login i-Akaun: https://secure.kwsp.gov.my/member/member/login

semakan penyata KWSP

ikuti panduan yang dikongsikan dibawah :

  1. Sila layari laman web rasmi KWSP https://secure.kwsp.gov.my/member/member/login
  2. Masukkan ID Pengguna dan Kata Laluan sementara yang diterima
  3. Klik “Login”
  4. Selepas berjaya login, anda perlu cipta kata laluan dan pilih imej online.
  5. masukkkk Frasa Rahsia
  6. Penyata semasa KWSP akan dipaparkan seperti gambar dibawah.
semakan penyata KWSP

Cara Buat i-Akaun KWSP

Sebelum anda membuat semakan penyata KWSP, anda perlulah mempunyai i-Akaun. Ini adalah perkongsian bagi cara untuk membuat i-Akaun KWSP.

Ada beberapa cara untuk anda membuat i-Akaun , antaranya :

  • Hadir ke pejabat KWSP
  • Melalui pendaftaran email

Hadir Ke Pejabat KWSP

  1. Anda perlu hadir ke mana-mana cawangan KWSP berdekatan dengan anda.
  2. Sila bawa mykad atau kad pengenalan.
  3. Katakan bahawa anda ingin membuat akaun ( i-Akaun ).
  4. Anda akan diberikan ID dan password sementara.
  5. Setelah mendapatkan ID dan password sementara, boleh terus login disini = https://secure.kwsp.gov.my/member/member/login .
  6. Setelah login, masukkan semua maklumat yang diminta dan tukar ID serta kata laluan kepada yang baru.
  7. Setelah mempunyai i-Akaun, anda boleh login bila-bila masa ke dlam sistem KWSP.

Pendaftaran Emel

semakan penyata kwsp
  1. Akses borang pendaftaran . Anda boleh akses disini = https://www.kwsp.gov.my/documents/20126/147458/Borang+Pengeluaran+i-Lestari.pdf
  2. Isikan semua ruangan yang diperlukan dalam borang berkenaan.
  3. Dokumen yang telah lengkap diisi, hantar ke email i-Akaundaftar .
  4. Tajuk email seperti : Pendaftaran i-Akaun Ahli < masukkan nama anda >.
  5. Kepelkan atau sertakan sekali dokumen yang diperlukan ( Gambar IC depan dan belakang ) .
  6. Swafoto atau selfie bersama anda yang sedang memegang IC.
  7. Bukti pemilikan no. telefon dan penyata bank akaun anda.

Perlu diberi perhatian, kelulusan melalui pendaftaran email ini adalah tertakluk kepada semakan yang dilakukan oleh pihak KWSP. Pihak KWSP berhak untuk menolak permohonan jika terdapat sebarang syarat dan terma tidak dipatuhi.

Pendaftaran melalui email ini pula hanya dilakukan secara sekali sahaja.

Terlupa Kata Laluan

Pengguna yang ingin membuat semakan penyata KWSP, tapi y terlupa kata laluan pula. Sila ikuti langkah mudah seperti di bawah :

  1. Layari potral rasmi = https://www.kwsp.gov.my/
  2. Pilih “Log Masuk” dan klik i-Akaun.
  3. Klik Lupa ID Pengguna atau Kata Laluan.
  4. Masukkan nombor kad pengenalan atau nombor KWSP.
  5. Klik Permintaan TAC untuk dapatkan nombor TAC.
  6. Masukkan nombor TAC yang telah diterima.
  7. Cipta kata laluan baru .
  8. Isikan Pengesahan Kata Laluan.
  9. Klik “Hantar”.

Untuk maklumat lanjut , sila hubungi Pusat Pengurusan Perhubungan KWSP di talian 03-89226000

artikel lain: Aplikasi Pangkalan Data Murid

Soalan Lazim

Apakah yang perlu dilakukan jika terlupa kata laluan ?

Pengguna yang terlupa kata lalaun boleh terus klik lupa ID Pengguna atau Kata laluan, dan ikuti langkah yang telah dikongsikan dalam artikel. Anda boleh klik disini juga = https://secure.kwsp.gov.my/member/member/forgot?0

Bagaimana cara untuk mempunyai i-Akaun ?

Anda boleh terus hadir ke mana-mana cawangan KWSP yang berdekatan. Dan anda juga boleh membuat melalui pendaftaran email.

Dimanakah pengguna ingin mendapatkan ID Pengguna dan Kata Laluan ?

Anda boleh mendapatkan ID Pengguna dan Kata Laluan :
1. Kaunter KWSP
2. Kios KWSP
Melalui email ( Terkini : Susulan perlaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan “PKP” )

Apakah kelayakan bagi mendaftar i-Akaun ?

Kelayakkan untuk mendaftar i-Akaun adalah :
1. Mereka seharusnya ahli warganegara, mempunyai No. ID Ahli dan mempunyai No. KWSP yang sah.
2. Bagi mereka yang bukan warganegara, mestilah mempunyai paspot yang sah atau mempunyai nombor KWSP yang sah

Semoga perkongsian ini dapat membantu pengguna untuk membuat semakan penyata KWSP. Dan juga membantu mereka yang ingin membuat i-akaun.. Semoga berjaya…..

Leave a Comment