Semakan Keputusan Zakat Pendidikan Selangor

Perhatian kepada mereka yang ingin menyemak status permohonan Sumbangan Pendidikan Zakat Anak Selangor (SPZAS). Anda kini boleh membuat semakan secara atas talian melalui Portal Rasmi Zakat Selangor.

Di sini kami akan kongsikan kepada anda cara untuk membuat permohonan dan semakan bantuan pendidikan zakat selangor. Semoga dapat membantu anda.

Apa Itu Bantuan Pendidikan Zakat Selangor (SPZAS) 

SPZAS adalah salah satu daripada bantuan yang disediakan oleh Lembaga Zakat Selangor (LZS) bertujuan meringankan beban kos pendidikan di institut pengajian tinggi (IPT) dalam negara dan luar negara bagi golongan pendapatan pertengahan dan bawah (M40 & B40) yang memenuhi syarat kelayakan.

Ia merujuk kepada golongan isi rumah B40 dan M40 yang paling mudah terjejas dan memerlukan kestabilan pekerjaan serta peningkatan pendapatan bagi menampung kos pendidikan, kos pemilikan perumahan dan kos sara hidup.

Permohonan Sumbangan Pendidikan Zakat Selangor

Permohonan hanya boleh dibuat secara atas talian (online) dengan cara seperti berikut:

Syarat Kelayakan SPZAS

Berikut adalah syarat atau kriteria kelayakan permohonan Sumbangan Pendidikan Zakat:

  • Beragama Islam.
  • Warganegara Malaysia.
  • Lahir dan menetap di Selangor atau bermastautin dan masih menetap di Selangor tidak kurang daripada tiga (3) tahun.
  • Bagi SPZAS IPT dalam negara – Dibuka untuk peringkat pengajian Sijil/Pra Diploma/Asasi/Matrikulasi/Diploma/Diploma Lanjutan/Ijazah Sarjana Muda/Ijazah Sarjana.
  • Bagi SPZAS IPT luar negara –  dibuka untuk peringkat Sijil/Sijil Profesional/Ijazah Sarjana Muda/Ijazah Sarjana di semua negara.
  • Pendapatan seisi rumah hendaklah melebihi Haddul Kifayah (garis kecukupan seseorang dalam penentuan asnaf) dengan julat lebihan tersebut tidak melebihi RM11,000 bagi SPZAS IPT dalam negara dan luar negara.

Semakan Keputusan Bantuan Pendidikan Zakat Selangor 

Di bawah adalah maklumat mengenai cara semakan status Sumbangan Pendidikan Zakat Anak Selangor (SPZAS) yang boleh anda ikuti:

  1. Sila layari Portal Rasmi Zakat Selangor di https://spzas.zakatselangor.com.my/
  2. Kemudian, masukkan nombor kad pengenalan
  3. Klik pada butang semak
  4. Anda akan melihat status permohonan anda dipaparkan di skrin

Leave a Comment