Dengan adanya teknologi yang semakin berkembang pada masa kini, pelbagai sistem dalam sektor pendidikan, termasuklah sistem e-Semakan Keputusan Peperiksaan MRSM Online telah diwujudkan. Sistem ini memberi kemudahan kepada pelajar dan ibu bapa dengan membolehkan mereka menyemak keputusan peperiksaan secara atas talian melalui aplikasi yang telah disediakan. Bagi pelajar yang belajar di Maktab Rendah Sains MARA (MRSM), anda boleh menggunakan sistem ini untuk menyemak keputusan peperiksaan anda dengan mudah.
Sistem e-Semakan Keputusan Peperiksaan ini membolehkan keputusan ujian dan peperiksaan MRSM setiap semester kini lebih mudah diperoleh secara atas talian. Pelajar dengan mudah dapat membuat semakan di mana sahaja mereka berada dengan menggunakan peranti mudah alih seperti telefon bimbit atau komputer, selagi mereka mempunyai akses internet.
Bagaimana cara untu membuat semakan menggunakan sistem e-semakan Keputusan Peperiksaan? Disini kami akan kongsikan caranya, semoga membantu.
KENALI MRSM
Maktab Rendah Sains MARA (MRSM) merupakan sekolah berasrama penuh yang didirikan oleh Majlis Amanah Rakyat (MARA) hampir setiap negeri di Malaysia. Penubuhan MRSM dilaksanakan di bawah Akta Majlis Amanah Rakyat Bil. 20 Tahun 1966, sebagai salah satu inisiatif untuk mencapai matlamat MARA dalam bidang latihan dan pendidikan. Sebagai badan berkanun, MARA mempunyai sistem kewangan yang tersendiri untuk membantu meningkatkan pendidikan dan pembangunan usahawan di kalangan Bumiputera.
CARA SEMAK e-KEPUTUSAN MRSM
Untuk ibubapa dan pelajar yang ingin membuat semakan di e-Semakan Keputusan Peperiksaan, boleh rujuk cara-cara dibawah.
- Klik pada pautan MRSM
- Isikan maklumat berikut :
- Nombor Maktab
- Kata Laluan (nombor Kad Pengenalan
- Klik Login
- Lihat pada paparan Dashboard untuk melihat markah setiap pelajaran pada tahun tertentu
Fakta Menarik MRSM
Di bawah ini adalah beberapa fakta menarik mengenai MRSM yang dapat kami kongsikan:
- Sehingga sekarang terdapat 54 buah MRSM di serata Malaysia
- Terdapat 47 buah MRSM di Semenanjung Malaysia dan tujuh buah di Malaysia Timur
- Terdapat 50 buah MRSM yang mengambil pelajar Tahfiz Tingkatan 1 hingga 5 dan empat MRSM yang mengambil pelajar
- Bermula tahun 2015, tiada lagi MRSM yang mempunyai Tingkatan 1 hingga 3 sahaja disebabkan oleh pengambilan pelajar Tingkatan 4 dan 5 di semua MRSM tersebut
- Antara MRSM yang pernah membuka intake untuk murid tahap menengah rendah sahaja adalah MRSM Gerik, MRSM Pasir Tumboh dan MRSM Kuala Klawang
Semoga apa yang kami kongsikan dapat memberi manfaat kepada anda semua.