Semakan Insentif Pengeluaran Getah LGM

Adakah anda telah mengemukakan permohonan untuk Insentif Pengeluaran Getah bagi tahun 2023? Sekiranya anda telah membuat permohonan, di sini kami akan kongsikan kepada anda cara untuk membuat semakan status permohonan insentif Pengeluaran Getah (IPG) LGM secara online.

Untuk pengetahuan anda, kini anda boleh membuat semakan status Insentif Pengeluaran Getah 2023 secara online melalui Portal Rasmi Lembaga Getah Malaysia (LGM). Dengan adanya portal ini, anda dapat membuat semakan dengan mudah dan pantas.

Apakah Insentif Pengeluaran Getah IPG

Insentif Pengeluaran Getah (IPG) merupakan insentif yang diberikan pihak Kerajaan melalui Lembaga Getah Malaysia (LGM) kepada pekebun kecil getah sekiranya harga purata bulanan peringkat ladang bagi getah sekerap (cuplump) berada di paras RM2.70 sekilogram ke bawah.

Objektif Insentif Pengeluaran Getah (IPG) ini adalah bertujuan untuk mengurangkan beban ekonomi pekebun kecil ketika harga getah di pasaran rendah di samping menggalakkan mereka untuk terus menoreh bagi meningkatkan pengeluaran getah negara.

Syarat Kelayakan

Antara syarat kelayakan adalah seperti berikut :

1. Kelayakan bagi pekebun kecil getah:

  • Warganegara Malaysia dan memiliki kad Permit Autoriti Transaksi Getah (PAT-G) yang masih sah tempoh
  • Memiliki kebun getah matang bersaiz kurang dari 100 ekar (40.46 hektar) dan menghasilkan lateks
  • Menjual getah sekerap (cuplump), lateks dan getah keping (USS)

Semakan Insentif Pengeluaran Getah 2023

Berikut adalah cara untuk membuat semakan Insentif Pengeluaran Getah yang boleh anda jadikan panduan.

  1. Layari portal rasmi di http://uip.lgm.gov.my/
  2. Sila masukkan No PatG dan No Kad Pengenalan
  3. Seterusnya, klik pada butang hantar
  4. Anda akan dibawa ke halaman utama portal

Status bayaran IPG boleh disemak melalui pautan yang disediakan – DI SINI

Untuk sebarang pertanyaan atau maklumat lanjut berkaitan Insentif Pengeluaran Getah (IPG), anda boleh hubungi di:

Malaysian Rubber Board
18th Floor Bangunan Getah Asli (Menara)
148 Jalan Ampang
50450 Kuala Lumpur
Tel: 603 – 9206 2000
Fax: 603 – 2163 4492
Email: general@lgm.gov.my

Semoga apa yang kami kongsikan dalam artikel ini dapat membantu memudahkan urusan anda dalam membuat semakan IPG.

Leave a Comment