Cara Daftar Menjadi Pemandu Maxim

Satu tanggungjawab yang besar adalah mencari rezeki. Kita dituntut untuk mencari rezeki yang halal dan membawa berkat. Selain itu, pada masa kini pengambilan kerja terhad disebabkan oleh krisis ekonomi global yang sedang berlaku.

Oleh itu, adakah anda berminat untuk mendaftar sebagai pemandu Maxim? Dengan menjadi pemandu maxim, anda akan mendapat jadual waktu yang fleksibel dan bayaran yang lumayan boleh diperoleh dengan syarat kita bersungguh-sungguh dan berusaha.

Di sini kami akan memberikan panduan tentang cara pendaftaran sebagai pemandu Maxim. Semoga panduan ini bermanfaat bagi anda.

Apa Itu Maxim

Maxim adalah satu syarikat perkhidmatan pengangkutan yang semakin popular di Malaysia dan merupakan pilihan alternatif kepada Grab, MyCar, dan perkhidmatan seumpamanya di negara ini.

Syarat Untuk Daftar Pemandu Maxim

Berikut adalah beberapa syarat yang telah ditetapkan untuk menjadi pemandu maxim yang perlu anda tahu. Antaranya adalah:

  1. Individu merupakan warganegara Malaysia
  2. Nama terdapat dalam cover note insurans kereta – Perlu mempunyai insuran kereta di mana nama driver ada di dalam insuran kereta. Status ‘ all driver / any authorised driver ‘ juga di terima.
  3. Memiliki kereta sendiri
  4. Mempunyai telefon pintar dengan akses internet yang pantas

Jumlah komisen yang diterima bergantung pada beberapa faktor, seperti kawasan, promosi yang dijalankan dalam bahagian tertentu perkhidmatan, dan syarat-syarat kerjasama. Jika semua syarat dipenuhi, anda akan memperoleh peratusan minimum.

Cara Daftar Pemandu Maxim

Jika anda berminat untuk mendaftar sebagai pemandu Maxim, berikut adalah langkah-langkah yang perlu anda ikuti:

  1. Buka portal rasmi maxim di https://taximaxim.com/
  2. Klik pada For Driver
  3. Kemudian, klik pada Register
  4. Sila pilih lokasi anda dan masukkan nombor telefon anda
  5. Sila masukkan kod pengesahan yang telah dihantar ke telefon mudah alih anda
  6. Lengkapkan semua maklumat yang diminta dekat ruangan yang telah disediakan
  7. Muat naik dokumen tambahan yang diperlukan
  8. Setelah permohonan anda sebagai pemandu telah lengkap, anda boleh mulai menerima tempahan
  9. Selesai

Semua maklumat pesanan, termasuk harga dan kaedah pembayarannya, akan ditunjukkan oleh aplikasi Maxim.

Leave a Comment