Seperti yang anda tahu, i-Citra mula dibuka permohonannya pada 12 Julai 2021. Ianya mendapat sambutan pencarum untuk membuat pengeluaran wang simpanan KWSP.
Berita baik buat pencarum yang membuat permohonan, kini semakan status boleh mula dibuat mulai 16 julai 2021.
Semakan Status i-Citra 2021
Semakan status boleh dibuat dengan melayari icitra.kwsp.gov.my
Kemudian pergi ke bahagian Semakan Status:
Kemudian masukkan nombor kad pengenalan dan nombor telefon bimbit anda.
Klik saya bukan robot. kemudian Klik Semak.
One-time-password (OTP) akan dihantar ke telefon anda dan masukkan kod tersebut
Status i-Citra anda akan dipaparkan
Jika permohonan anda diterima, notis yang dipaparkan akan tertera seperti berikut:
Tahniah kami ucapkan jika permohonan anda diterima.