Jika anda memiliki hartanah sendiri, adalah menjadi tanggungjawab anda untuk membayar cukai tanah kepada kerajaan negeri anda pada tempoh dan tarikh yang telah ditetapkan.
Oleh itu, sistem dalam talian untuk menyemak dan membuat bayaran cukai tanah telah diperkenalkan oleh pihak pentadbir, iaitu Pejabat Tanah dan Galian negeri Kelantan. Anda kini boleh menyemak dan membayar cukai tanah secara mudah melalui sistem online ini.
Untuk anda yang ingin tahu bagaimana cara untuk membuat semakan cukai tanah dan melakukan pembayaran secara online. Di sini kami akan kongsikan, semoga dapat membantu anda.
Daftar Pengguna
Sebelum cukai tanah dapat disemak dan bayaran bagi hasil tanah di negeri Kelantan dibuat, langkah pertama yang perlu anda lakukan adalah membuka akaun di portal hasiltanah.kelantan.
Langkah-langkah berikut ini dapat diikuti untuk melakukan pendaftaran:
- Buka laman web yang disediakan di https://hasiltanah.kelantan.gov.my/
- Klik pada butang daftar
- Isi dan lengkapkan maklumat yang diperlukan seperti:
- Nama penuh
- Nombor kad pengenalan
- Alamat
- Nombor telefon
- Alamat email
- Warganegara
- Kata laluan dan sahkan kata laluan
- Cipta soalan dan jawapan keselamatan
- Masukkan Captcha Text yang diberikan
- Setelah anda telah mengisi semua maklumat yang diperlukan, klik butang “Daftar” untuk menyelesaikan proses pendaftaran.
- Anda akan menerima pengesahan pendaftaran melalui email untuk mengaktifkan akaun anda.
- Selesai mendaftar
Cara Semakan Cukai Tanah Kelantan
Setelah anda selesai mendaftar dan memiliki akaun di portal dalam talian hasiltanah.kelantan, anda kini dapat melakukan semakan untuk cukai tanah anda.
Berikut adalah langkah-langkah untuk membuat semakan cukai tanah:
- Layari laman web https://hasiltanah.kelantan.gov.my/
- Kemudian masukkan nombor kad pengenalan dan kata laluan anda
- Klik log masuk
- Masuk dalam sistem, anda disyorkan untuk mendaftarkan hakmilik hartanah anda sebagai langkah pertama. Ini akan memudahkan anda membuat pembayaran cukai tanah pada masa akan datang.
- Anda boleh melakukan pencarian dan mengisi maklumat hakmilik seperti Jajahan, Mukim, Jenis Hakmilik dan Nombor Hakmilik
- Setelah itu klik pada butang cari
- Maklumat hartanah anda akan dipaparkan dalam sistem
- Pilih kotak yang sesuai untuk memilih senarai hakmilik tersebut dan simpan dalam akaun anda.
Bayar Cukai Tanah Secara Online
Setelah anda mempunyai senarai hakmilik yang belum dibayar, langkah seterusnya adalah untuk membuat pembayaran.
- Hakmilik tersebut perlu ditandakan untuk melanjutkan proses pembayaran.
- Klik butang “Pilih” dan kemudian klik “Teruskan Dengan Bayaran” untuk melanjutkan proses pembayaran.
- Kaedah pembayaran yang digunakan ialah melalui sistem bayaran Financial Process Exchange (FPX).
- Sila teruskan proses pembayaran hingga selesai.
- Resit bayaran akan diberikan apabila pembayaran berjaya dibuat
- Simpan resit bayaran untuk dijadikan rujukan anda