Berikut dikongsikan cara Semakan Daftar Pemilih Online SPR 2021 buat panduan bagi mereka yang telah membuat pendaftaran pemilih pilihanraya.
Jadi jangan belengah lagi, jom buat semakan nama pendaftaran pemilih dan lokasi mengundi sekarang.
Cara Semakan Daftar Pemilih Online SPR
Berikut adalah langkah mudah bagi membuat semakan atas talian..
- Layari laman web rasmi SPR . Boleh terus klik link tersebut = https://pengundi.spr.gov.my/
- Sila masukkan Nombor Kad Pengenalan ‘ tanpa “-” atau “space”
- Masukkan Aksara Captcha
- Tekan SEMAK
- Semakan Daftar Pemilih akan di paparkan
Cara Semak Daftar Pemilih Secara SMS
Selain cara semak melalui online, SPR juga ada menyediakan semakan untuk mendaftar sebagai pemilih secara SMS khususnya daftar pemilih tambahan undi pos.
Cara membuat semakan pengundi melalui kaedah SMS adalah seperti berikut :
- Taip SPR <jarak> SEMAK <jarak> No.I.C ( Contoh 85011126609) dan hantar ke 15888
- Taip SPR <jarak> No.I.C ( Contoh 85011126609) dan hantar ke 15888
Syarat Mendaftar Pemilih SPR
Syarat minimum bagi seseorang untuk layak mereka menjadi pemilih ialah :
- Seorang warganegara Malaysia
- Berumur 21 tahun
- Bermastautin di bahagian pilihan raya yang ingin didaftarkan dan tidak dihalang atau hilang kelayakan oleh undang-undang yang berkuat kuasa.
Soalan Lazim
Berapakah umur seseorang untuk layak mengundi?
Umur seseorang untuk layak mengundi adalah 21 tahun.
Dimanakah untuk membuat semakan daftar pemilih ?
Pengundi boleh membuat semakan secara online di laman web rasmi SPR tersebut dan boleh membuat semakan secara SMS.
Apakah yang diperlukan bagi membuat semakan ?
Pengundi cuma perlukan No Kad Pengenalan dan masukan Captcha.
Apakah maklumat yang akan dipaparkan ketika membuat semakan ?
Maklumat semakan yang akan dipaparkan adalah bahagiann tempat daerah mengundi, lokasi pilihan raya Dun dan Parlimen.
Semoga perkongsian ini dapat membantu pengundi sebelum membuat semakan daftar pemilih. Semoga dipermudahkan bagi membuat semakan.