Ramai yang tersilap sangka dengan maklumat yang diterima di laman sosial berkenaan Bantuan Tunai Ihsan Covid-19 Johor.
Antara salah faham yang diterima adalah, ramai menyangka permohonan ihsan covid-19 Johor boleh dibuat secara online.
Penjelasan telahpun dibuat oleh pejabat kebendaharaan Johor mengatakan tiada permohonan secara online.
Manakala, mengenai borang permohonan pula, ianya bukanlah untuk kegunaan umum rakyat/ pemohon.
Borang permohonan yang tular di media sosial tersebut adalah borang yang dikhususkan kepada wakil atau penyelaras sahaja.
Maka dengan itu, orang ramai yang berhasrat untuk memohon, boleh hubungi pejabat daerah kawasan masing-masing.
Atau hubungi terus wakil dan penyelaras yang telahpun dilantik.