Rumah Transit Bangsa Johor

Dalam usaha membantu rakyat mendapatkan rumah sendiri, Kerajaan Negeri Johor telah memperkenalkan sebuah program yang dikenali sebagai Rumah Transit Bangsa Johor. Program ini bertujuan untuk membantu dan memberi peluang kepada rakyat untuk memiliki rumah sendiri.

Untuk anda yang berkelayakan boleh membuat permohonan. Di sini, kami akan kongsikan cara untuk membuat permohonan. Semoga dapat membantu anda.

Rumah Transit Bangsa Johor

Program Rumah Transit (RT) bertujuan untuk menyediakan kemudahan perumahan kepada pasangan muda yang berumur 30 tahun ke bawah dan telah berkahwin. Program ini juga bertumpu di bandar-bandar besar untuk mengurangkan beban pasangan muda yang berpendapatan rendah / berkelayakan. 

Jumlah keseluruhan Rumah Transit Bangsa Johor adalah 92 unit, dan dalam masa lima tahun akan datang sebanyak 500 unit akan dibina.

Kadar Dan Tempoh Sewaan

Kadar dan tempoh sewaan Rumah Transit Bangsa Johor (RTBJ) adalah seperti berikut:

  • Rumah ini akan disewakan dengan kadar bayaran sebulan sebanyak RM650.00 untuk tempoh sewaan selama lima (5) tahun.
  • Daripada bayaran bulanan tersebut, sebanyak RM455 akan digunakan sebagai bayaran sewa, manakala RM195 akan disimpan sebagai tabungan mereka.
  • Dalam tempoh lima tahun, individu akan mempunyai tabungan RM11,000. Duit tabungan boleh digunakan untuk membayar deposit untuk rumah seterusnya.
  • Penyewa akan diberikan notis enam (6) bulan sebelum tamat tempoh kontrak bagi tujuan pengosongan rumah.

Syarat-Syarat Kelayakan 

Sebelum membuat permohonan, penting untuk memastikan anda memenuhi syarat-syarat kelayakan berikut. Antaranya adalah:

  • Pemohon dan pasangan adalah warganegara Malaysia;
  • Pemohon berusia 18 hingga 45 tahun
  • Keutamaan diberikan kepada rakyat Johor
  • Pendapatan seisi keluarga berada dalam lingkungan antara RM3,000 hingga RM6,000 sebulan.
  • Pemohon atau pasangan suami isteri yang tinggal atau bekerja di Johor
  • Pemohon tidak mempunyai atau memiliki kediaman di Johor

Ciri-Ciri Rumah Transit Bangsa Johor

Berikut adalah ciri-ciri rumah transit bangsa johor.

  • Keluasan unit adalah di antara 700 hingga 850 kaki persegi
  • 2 atau 3 bilik tidur
  • 2 bilik air
  • Ruang tamu; dan
  • Ruang dapur
  • Dilengkapi dengan kipas dan lampu 

Kemudahan Di Rumah Transit

  • Dewan serbaguna
  • Ruang taska
  • Kedai / gerai
  • Pejabat pengurusan
  • Tempat letak kereta
  • Tempat letak motosikal
  • Pagar kawasan
  • Kawalan keselamatan
  • Surau
  • Lif
  • Landskap

Cara Permohonan Rumah Transit Bangsa Johor

Bagi mereka yang berkelayakan dan berminat untuk memohon RTBJ, berikut adalah langkah-langkah untuk membuat permohonan:

  1. Layari laman web https://pkpj.johor.gov.my/
  2. Klik pada Daftar akaun sekarang
  3. Klik pada “Individu” dan lengkapkan maklumat yang diperlukan
  4. Masukkan no kad pengenalan dan kata laluan. 
  5. Tekan butang “Log Masuk”
  6. Kemudian klik “Rumah Transit Bangsa Johor”
  7. Klik pada permohonan baru
  8. Lengkapkan maklumat yang diperlukan pada ruang yang disediakan
  9. Muat naik dokumen yang diperlukan. 
  10. Seterusnya, klik “Hantar”
  11. Tick pada kotak persetujuan terma & syarat dan klik Ya
  12. Selesai dan permohonan anda berjaya dihantar

Lokasi Rumah Transit Bangsa Johor

DAERAHLOKAI RTBJ
Johor BharuPPR Tebrau
PPR Sri Stulang
PPR Pasir Pelangi
PPR Tampoi
PPR Plentong
PPR Sungai Melana
Batu PahatPPR Yong Peng
SegamatPPR Batu Anam

Leave a Comment