Umat Islam dianjurkan untuk terus melakukan kebaikan dan kebajikan, walaupun dalam jumlah yang sedikit. Bersempena dengan bulan Syawal yang mulia ini, marilah kita bersama-sama melaksanakan ‘Puasa Enam’ iaitu puasa sunat enam hari pada bulan Syawal seiring dengan keistimewaan bulan Syawal.
Dalam artikel ini, kami akan jelaskan dengan mudah dan ringkas mengenai cara melakukan puasa enam beserta lafaz niat puasa enam ini. Berikut dikongsikan lebih lanjut tentang Puasa Enam Syawal.
Niat Puasa Enam Syawal
Berikut adalah niat puasa enam
Bacaan Rumi : Nawaitu Souma Ghodin ‘An Sittatin Min SyawWaLin Sunnatan Lillahi Taala
Maksdnya : Sahaja aku berniat puasa esok hari enam hari syawal kerana Allah Taala.
Cara Mengerjakan Puasa Sunat Enam Syawal
Dalam melaksanakan puasa sunat di bulan Syawal, lebih afdhal jika dilakukan secara berturut-turut seperti pada puasa bulan Ramadhan. Meskipun demikian, diperbolehkan untuk melakukan puasa secara berselang hari selama dalam tempoh bulan Syawal. Hal ini bertujuan agar pelaksanaan puasa sunat tetap dapat dilakukan dengan mudah kerana melewatkannya akan menimbulkan rasa malas.
Untuk melaksanakan puasa sunat enam Syawal, paling awal dimulakan pada 2 Syawal. Hal ini kerana, pada tanggal 1 Syawal merupakan hari Eidul Fitri dimana umat muslim dilarang untuk berpuasa pada hari tersebut. Abu Hurairah radhiallahu ‘anhu berkata:
أَنَّ رَسُولَ اللهِ نَهَى عَنْ صِيَامِ يَوْمَيْنِ: يَوْمِ الأَضْحَى، وَيَوْمِ الْفِطْرِ . رواه مسلم.
“Rasulullah ﷺmelarang puasa pada hari (Aidil) Fitri dan (Aidil) Adha.”
(Sahih Al-Bukhari no: 1991).
Syarat-syarat dan segala adab untuk melaksanakan puasa sunat enam Syawal ini adalah sama seperti puasa wajib pada bulan Ramadhan.
Apakah Kelebihan Puasa Enam Syawal ?
Menurut sebuah hadis :
“Sesiapa yang berpuasa Ramadhan, kemudian di ikuti dengan 6 hari puasa di bulan Syawal pula, samalah seperti dia berpuasa sepanjang tahun”.
(Riwayat Muslim Ahmad Abu Daud Al Tarmizi Ibnu Majah)
Oleh itu, selagi masih ada wakti dan peluang untuk meraih pahala puasa enam yang hanya datang setahun sekali ini sebaiknya kita tidak dilewatkan.