PRUBSN Touch ialah platform digital yang telah dibangunkan oleh Prudential BSN Takaful Berhad. PRUBSN Touch merupakan sebuah portal online yang disediakan khusus bagi pelanggan Prudential Takaful. Dengan tujuan untuk menjadikan proses pengurusan pelan takaful secara dalam talian lebih mudah bagi para pelanggan.
Dalam artikel ini, kami akan berkongsi cara untuk mendaftar dan log masuk PRUBSN Touch sebagai rujukan anda.
Apakah PRUBSN Touch
PRUBSN Touch adalah portal yang mempermudah pelanggan untuk mengendalikan pelbagai urusan berkaitan takaful mereka. Dengan menggunakan portal ini, pelanggan dapat dengan mudah mengakses maklumat lengkap mengenai pelan takaful mereka, membuat pembayaran, memeriksa status klaim, dan menjalankan fungsi-fungsi lain yang berkaitan.
Portal ini merupakan langkah penting dalam memajukan perkhidmatan takaful ke arah digitalisasi. Ia memberikan kemudahan kepada pelanggan untuk menguruskan pelan mereka dengan lebih mudah dan berkesan.
Syarat Daftar PRUBSN Touch
Berikut adalah syarat-syarat yang perlu dipenuhi untuk mendaftar di PRUBSN Touch:
- Pendaftaran memerlukan anda menjadi pelanggan Prudential BSN Takaful Berhad.
- Mempunyai alamat e-mel dan nombor telefon yang sah dan aktif.
- Anda perlu memiliki peranti dengan akses internet.
Cara Mendaftar PRUBSN Touch
Jika anda ingin mendaftar PRUBSN Touch, anda boleh ikuti langkah-langkah mudah seperti berikut:
- Buka laman web rasmi PRUBSN di https://app.prubsn.com.my/
- Klik pada “Register Now”
- Isi dan lengkapkan maklumat yang diminta seperti nombor sijil takaful, nombor kad pengenalan, dan nombor telefon. Kemudian, klik Next.
- Kod pengesahan anda akan dihantar melalui e-mel atau SMS. Sila masukkan kod tersebut untuk mengesahkan pendaftaran anda.
- Sila pilih kata laluan yang terbaik dan selamat.
- Selesaikan proses pendaftaran
Cara Login PRUBSN Touch
Setelah anda selesai mendaftar, anda boleh terus log masuk ke akaun PRUBSN Touch anda dengan cara:
- Pergi ke laman web PRUBSN
- Masukkan Username anda dan klik login
- Anda akan melihat Secure Phrase anda. Sila pastikan ianya betul.
- Kemudian, masukkan Password anda dan klik Submit
- Sila baca Terms & Conditions dan tandakan ” I Agree”
- Anda berjaya log masuk ke akaun anda.