Program Pinjaman Tabung Usahawan ini diwujudkan adalah bagi membantu usahawan dan usahawan muda B40 untuk memulakan dan mengembangkan perniagaan mereka.
Pinjaman ini bersifat jangka masa pendek dan usahawan yang ingin mendapatkan Pinjaman Tabung Usahawan ini dialu-alukan untuk memohon.
Jumlah Pinjaman & Tempoh Pinjaman
Jumlah bagi pinjaman yang ditetapkan menerusi program ini adalah sebanyak RM5,000 sehingga RM20,000 (bergantung kepada kemampuan).
Bagi tempoh pinjaman pula adalah sehingga 5 tahun dan bergantung kepada jumlah pinjaman yang diluluskan.
Perniagaan Tidak Layak Memohon
Perniagaan yang tidak layak untuk memohon pinjaman Program Pinjaman Tabung Usahawan ini adalah :
- Urusniaga melalui ternakan, pertanian dan perikan (usahawan baru) (bergantung kepada keputusan panel).
- Urusniaga yang melibatkan pelaburan/Piramid/Skim Cepat Kaya/Perjudian.
- Perniagaan barangan lusuh/Kitar semula (mengikut pasaran semasa).
- Pembelian dan penyelenggaraan kenderaan untuk perniagaan atau peribadi (perniagaan bermusim).
- Perniagaan secara orang tengah atau agen perantara seperti agen insurans, gen Unit Amanah, agen Komisen Am termasuk Broker (Tanah atau hartanah) dan yang seumpamanya.
- Kontraktor Pembangunan.
Syarat Permohonan Program Pinjaman Tabung Usahawan
Syarat permohonan yang ditetapkan bagi memohon program ini adalah seperti berikut :
- Pemohon hendaklah berumur antara 18 tahun hingga 59 tahun.
- Menetap atau bermastautin melebihi 10 tahun di Negeri Perak.
- Pemohon dan pasangan merupakan warganegara Malaysia.
- Pemohon bukanlah kakitangan kerajaan/badan berkanun/syarikat GCL/Berhad.
- Pemohon menjalankan perniagaan di dalam Negeri Perak.
- Menjalankan perniagaan secara milikan tunggal, perkongsian, dan sendirian berhad.
- Perniagaan yang dijalankan adalah mematuhi undang-undang.
- Perniagaan yang dijalankan berada dalam skop pembiayaan Yayasan Perak dimana perniagaan yang dijalankan adalah melibatkan transaksi wang penjualan atau pembelian yang nyata secara harian, mingguan atau bulanan dan hasil jualan mestilah diterima kurang dari satu bulan dari tarikh jualan.
Cara Memohon Program Pinjaman Tabung Usahawan
Bagi pemohon yang ingin membuat permohonan Program Pinjaman Tabung Usahawan, sila ikuti langkah-langkah tersebut :
- Muat turun borang permohonan di pautan ini = https://yayasanperak.gov.my/v6/wp-content/uploads/2022/03/BorangPinjamanTabungUsahawan(08032022).pdf
- Isi borang tersebut dengan lengkap dan betul.
- Sediakan dokumen yang diperlukan.
- Hantar borang permohonan dan dokumen yang diperlukan ke alamat berikut :
Yayasan Perak (Ibu Pejabat yayasan Perak)
Tingkat 1, Wisma Yayasan Perak,
No. 111 Jalan Sultan Idris Shah,
30000 Ipoh, Perak Darul Ridzuan.
Dokumen Diperlukan
Dokumen yang diperlukan dan disediakan oleh pemohon adalah :
- Borang atau Surat Permohonan (wajib).
- Salinan Kad Pengenalan (Pemohon dan Tanggungan) yang disahkan.
- Salinan Surat perjanjian/Kebenaran Sewa Kedai atau Tanah & sebagainya yang sah.
- Salinan Daftar Niaga (SSM)/Lesen Pihak Berkuasa Tempatan (PBT) yang disahkan.
- Pelan lokasi perniagaan yang disahkan.
- Salinan Penyata bank bagi 3 bulan yang terkini yang disahkan.
- Dokumen Tambahan Penjamin (Semak Lampiran Butiran Penjamin) Kad Pengenalan – 3 keping / Slip Gaji 3 bulan terkini yang disahkan.
- Senarai sebut harga barangan yang hendak dibeli dari pembekal yang sah.
- Pengesahan pendapatan pemohon dari Ketua Kampung/Penghulu.
- Salinan kad suntikan (Bagi perniagaan makanan) yang disahkan.
Maklumat Lanjut
Maklumat lanjut mengenai program ini, sila hubungi Yayasan Perak di talian 05-255 29 29.
Soalan Lazim
Berapakah jumlah pinjaman yang ditetapkan bagi program ini ?
Menerusi program ini, pinjaman yang ditetapkan adalah sebanyak RM5,000 sehingga RM20,000. (bergantung kepada kemampuan).
Berapakah tempoh pinjaman ini ?
Tempoh pinjamn sehingga 5 tahun dan bergantung kepada jumlah pinjaman yang diluluskan.