Permohonan Program Kemahiran & Latihan Industri Yayasan JCorp 2022 (Online)

Program Kemahiran & Latihan Industri Yayasan JCorp merupakan satu program yang dilaksanakan bagi meningkatkan kemahiran pelajar dan mereka berpeluang untuk menjalani latihan industri di syarikat Kumpulan JCorp dan rakan majikan strategik lain.

Bagi pelajar lepasan Vokasional Menengah Atas (PVMA), Kolej Vokasional atau Institusi Kemahiran di Negeri Johor adalah dialu-alukan bagi menyertai Program Kemahiran dan Latihan Industri di bawah Yayasan Johor Corporation (Jcorp).

Tarikh Permohonan Kemasukan

Permohonan bagi mereka yang berminat untuk menyertai program ini, permohonan ini telah dibuka bagi kemasukan bulan April 2022 dan permohonan ini boleh dibuat secara atas talian (Online).

Program Kemahiran & Latihan Industri Yayasan JCorp

Bidang Kemahiran

Bidang kemahiran yang ditawarkan bagi mereka yang berminat menyertai program ini adalah :

  • Penyelenggaraan Bangunan
  • Penyelenggaraan Pendingin Hawa
  • Pendawaian Elektrik
  • Teknologi Maklumat (ICT)
  • Teknologi Makanan
  • Perhotelan
  • Tanaman dan Pertanian
  • Kulinari

Manfaat Diperoleh

Mereka yang menyertai program ini akan menerima 3 manfaat utama yang diperoleh iaitu :

  1. Sijil Tamat Latihan
  2. Kursus Softskill
  3. Elaun Latihan

Syarat Kelayakan Program Kemahiran & Latihan Industri Yayasan JCorp

Hanya 1 syarat kelayakan bagi mereka yang ingin menyertai program ini iaitu mereka mestilah peserta lepasan Vokasional Menengah Atas (PVMA), Kolej Vokasional atau Institusi Kemahiran sahaja.

Mereka yang tidak tergolong dalam kategori tersebut adalah tidak layak untuk memohon atau menyertai program ini.

Cara Mohon Permohonan Program Kemahiran & Latihan Industri Yayasan JCorp

Bagi mereka yang berminat menyertai program ini, pemohon perlu membuat permohonan tersebut. Sila ikuti langkah-langkah permohonan tersebut :

  1. Sila layari laman web = https://www.surveymonkey.com/r/L3JZMDP
  2. Baca maklumat program dan klik butang “OK”.
  3. Isi maklumat yang diperlukan pada setiap paparan dan klik butang “Next”.
  4. Pastikan semua maklumat diisi dengan betul.
  5. Klik butang “Submit” untuk menghantar permohonan.

Maklumat Lanjut

Bagi sebarang pertanyaan dan maklumat lanjut mengenai Program Kemahiran & Latihan Industri Yayasan JCorp ini, sila hubungi urusetia JCorp di talian = 07-219 5107.

Soalan Lazim

Apakah manfaat yang diperoleh sekiranya menyertai program ini ?

Mereka yang menyertai program ini akan memperoleh 3 manfaat utama iaitu :
1. Sijil Tamat Latihan
2. Kursus Softskill
3. Elaun latihan

Apakah syarat kelayakan untuk menyertai program ini ?

Mereka yang ingin menyertai program ini mestilah peserta lepasan Vokasional Menengah Atas (PVMA), Kolej Vokasional atau Institusi Kemahiran sahaja. Yang lain-lain kategori adalah tidak layak untuk menyertai.

Leave a Comment