Permohonan SWEET Pernas : Program Khas Perniagaan Francais Wanita

Permohonan SWEET Pernas . Matlamat utama Pernas adalah untuk membangunkan industri Francais dengan menambah lagi bilangan usahawan Francais melalui kepakarannya dalam menyediakan perkhidmatan dan produk yang berkualiti.

Salah satu program yang dilaksanakan bagi menambah bilangan usahawan Francais adalah Program SWEET yang mensasarkan pembangunan usahawan Francais Wanita.

Apa itu Program SWEET ?

SWEET merupakan program khas untuk wanita Bumiputera yang ingin menceburi dalam bidang keusahawanan dan berminat dalam perniagaan Francais dan pra-Francais.

Menerusi program ini, peserta berpeluang bagi mengikuti latihan berstruktur, padanan perniagaan, bantuan pembiayaan dan akan dipantau selama 6 bulan sebaik mereka memulakan operasi perniagaannya.

Jumlah Pembiayaan

Salah ssatu keistimewaan yang dinikmati menerusi program ini ialah peserta akan mendapat bantuan pembiayaan daripada pihak Pernas.

Jumlah pembiayaan yang ditawarkan adalah sehingga RM500,000 yang berasaskan konsep kewangan Islam iaitu Tawarruq. Dan bagi kadar pembiayaan pula, ditawarkan sebanyak 3.75%.

Syarat Kelayakan Peserta Permohonan SWEET Pernas

Bagi syarat kelayakan peserta yang layak memohon program ini adalah :

  1. Peserta hendaklah wanita berumur 21 tahun – 60 tahun.
  2. Pemegang saham utama syarikat haruslah wanita dan memegang sekurang-kurangnya 60% saham dalam syarikat.

Syarat Kelayakan Syarikat Permohonan SWEET Pernas

Bagi syarat kelayakan syarikat pula ialah :

  1. Usahawan ialah pemilik / pengendali syarikat.
  2. 100% ekuti syarikat dimiliki oleh Bumiputera.
  3. Francaisor / Pemegang Francais Induk telah berdaftar dengan Pendaftar Francais (ROF).
  4. Mempunyai surat tawaran daripada Francaisor Induk / Pemegang Francais Induk.
  5. Perniagaan mestilah patuh syariah.
  6. Permohonan maksimum pembiayaan melalui syarikat Sdn Bhd adalah sehingga RM500,000. Permohonan maksimum pembiayaan oleh Milikan Tunggal, perkongsian, Perkongsian Liabiliti Terhad (LLP) terhad sehingga RM250,000 sahaja.
  7. Usahawan mestilah mempunyai rekod kredit yang baik dan tertakluk kepada kriteria kredit Pernas.

Bagi syarat kelayakan Permohonan SWEET Pernas untuk pembiayaan Francias pula adalah :

  1. Usahawan ialah pemilik / pengendali syarikat.
  2. Syarikat adalah 100% dimiliki oleh BumiPutera.
  3. membuat surat tawaran daripada Pra-Francaisor.
  4. Perniagaan yang patuh syariah.
  5. Permohonan maksimum pembiayaan melalui syarikat Sdn Bhd adalah sehingga RM500,000. Permohonan maksimum pembiayaan oleh Milikan Tunggal, perkongsian, Perkongsian Liabiliti Terhad (LLP) terhad sehingga RM250,000 sahaja.
  6. Usahawan mestilah mempunyai rekod kredit yang baik dan tertakluk kepada kriteria kredit Pernas.

Cara Memohon Permohonan SWEET Pernas

Untuk membuat Permohonan SWEET Pernas, sila ikuti langkah-langkah berikut :

  1. Layari laman web rasmi PERNAS iaitu = https://pernas.my/
  2. Klik butang ‘Click Here to Register’.
  3. Masukkan email dan klik butang ‘Next’.
  4. Isi maklumat yang diperlukan dalam setiap paparan dan klik butang ‘Next’.
  5. Hantar permohonan setelah semua maklumat diisi dengan klik butang ‘Submit’.
Permohonan SWEET Pernas

Maklumat Lanjut

Maklumat lanjut mengenai program SWEET, sila hubungi pegawai Pernas melalui email byob@ernas.my.

Soalan Lazim

Apakah syarat bagi kelayakan peserta ?

Peserta mestilah berumur 21 tahun – 60 tahun. Dan pemegang saham utama syrikat mestilah wanita dan memegang sekurang-kurangnya 60% saham dalam syarikat.

Berapakah kadar pembiayaan yang ditawarkan ?

Kadar pembiayaan yang ditawarkan adalah sebanyak 3.75%.

Leave a Comment