Permohonan SKIPP Johor 2022 : Skim Bantuan Peralatan Perniagaan

Permohonan SKIPP Johor 2022. Kerajaan Negeri Johor melalui Yayasan Pembangunan Keluarga Darul Ta’zim (YPKDT) telah membuka permohonan bagi mereka yang berminat untuk mendapatkan peralatan perniagaan menerusi Skim Bantuan Peralatan Perniagaan (SKIPP).

Yayasan ini berperanan untuk merangka dan merancang pelbagai program bertujuan untuk membantu meningkatkan pengetahuan masyarakat terutama dalam kalangan ibu bapa dan anak-anak berkaitan komunakasi dan cara-cara berkesan dalam membentuk institusi keluarga yang bahagian dan harmoni.

Permohonan skim bantuan ini telah dibuka kepada permohonan dan akan ditutup pada 15 Mac 2022 iaitu pada hari selasa.

Permohonan SKIPP Johor 2022

Syarat Kelayakan Permohonan SKIPP Johor 2022

Syarat kelayakan Permohonan SKIPP Johor 2022 yang ditetapkan kepada pemohon yang ingin memohon skim ini adalah seperti berikut :

  1. Warganegara Malaysia.
  2. Pemohon kelahiran Negeri Johor / bermastautin di Negeri Johor melebihi 5 tahun.
  3. Berumur di antara 18 tahun sehingga 65 tahun (bagi ibu tunggal dan wanita).
  4. Berumur 18 tahun sehingga 40 tahun (bagi belia).
  5. Berumur di antara 18 tahun sehingga 60 tahun (bagi OKU).
  6. Pemohon mempunyai Surat Pengesahan Ibu Tunggal / Sijil Kematian Suami / Sijil Penceraian (bagi ibu tunggal dan wanita).
  7. Pemohon mempunyai Sijil Pendaftaran OKU / Kad OKU di bawah Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) (bagi OKU).
  8. Mempunyai pendapatan bulanan bagi kategori B40 yang tidak melebihi RM4,850.00 sebulan.
  9. Pemohon masih aktif dan mampu bekerja dan mengembangkan perniagaan.
  10. Telaha menjalankan sebarang aktiviti perniagaan di rumah (home-based-business) atau mempunyai premis perniagaan sendiri.
  11. Keutamaan diberikan kepada pemohon yang telah/pernah mengikuti program/kursus anjuran Yayasan Pembangunan Keluarga Darul Ta’zim.
  12. Telah berdaftar sebagaigolongan sasar (ibu tunggal, wanita, belia dan OKU B40) di bawah SMART (Sistem Maklumat Golongan Sasar) YPKDT menggunakan borang SMART.
  13. Pertimbangan akan diberikan kepada pemohon yang belum/tidak pernah mengikuti program/kursus anjuran YPKDT berpandukan beberapa terma dan syarat.

Golongan Sasar

Golongan sasar yang layak memohon skim bantuan ini adalah :

  • Wanita (ibu tunggal dan B40).
  • Belia.
  • Orang Kurang Upaya (OKU).

Cara Memohon Permohonan SKIPP Johor 2022

Cara untuk membuat permohonan SKIPP 2022, sila ikuti langkah-langkah yang dikongsikan seperti berikut :

  1. Muat turun borang permohonan di pautan = http://ypkdt.org.my/wp-content/uploads/2022/02/BORANG-PENGUMPULAN-DATA-TERPERINCI-GOLONGAN-SASAR2.pdf?fbclid=IwAR28ZUzsXfzrYgYXuA0_FWnrgy8Lm99y1L5IGGjZxLyxseeD13RGyAv3Mx8
  2. Isi borang permohonan dengan lengkap dan betul.
  3. Sediakan dokumen yan diperlukan / dokumen sokongan.
  4. Hantar borang permohonan ke pejabat YPKDT yang berdekatan.

Dokumen Sokongan

Untuk dokumen sokongan bagi Permohonan SKIPP Johor 2022 adalah seperti berikut :

  1. Salinan MyKad / Kad Pengenalan.
  2. Sekeping gambar berukuran passport.
  3. Surat Pengesahan Ibu Tunggal / Slinan Sijil Kematian Suami / Sijil Penceraian ( Ibu Tunggal ).
  4. Salinan Kad Pendaftaran Orang Kurang Upaya (OKU) / Kad Oku di bawah JKM.
  5. Salinan Sijil Pendaftaran Perniagaan (SSM) (sekiranya ada).
  6. Salinan Slip Gaji Terkini (jika masih bekerja berserta cop pengesahan majikan).
  7. Pengesahan Pendapatan Bulanan Oleh Penghulu / Ketua Masyarakat / Pegawai Daerah / Ketua Jabatan atau mana-mana Pegawai Kerajaan.
  8. Beberapa keping gambar produk, premis atau kedai dan perniagaan sedia ada.

Maklumat Lanjut

Untuk maklumat lanjut mengenai SKIPP, sila layari laman web = http://ypkdt.org.my/

Soalan Lazim

Bilakah tarikh tutup permohonan ?

15 Mac 2022.

Siapakah golongan sasar yang layak untuk memohon bantuan ini ?

Golongan sasar yang layak memohon skim bantuan ini adalah :
1. Wanita (ibu tunggal dan B40)
2. Belia
3. Orang Kurang Upaya (OKU)

Leave a Comment