Permohonan SKIPMA 2022. Skim Pinjaman Komputer Pelajar IPMA (SKIPMA) merupakan skim pinjaman yang diwujudkan bagi memberi kemudahan kepada pelajar di Institusi Pendidikan MARA (IPMA mendapatkan komputer.
Dengan adanya kemudahan dari skim pinjaman komputer ini, pelajar dapat mengikuti aktiviti pembelajaran masing-masing dengan mudah dan seiring dengan perkembangan teknologi maklumat dan komunikasi.
Tarikh Permohonan SKIPMA 2022
Permohonan ini mula dibuka pada 4 April 2022 sehingga 18 April 2022 secara atas talian (online).
Istitusi Layak Memohon
Pelajar tajaan MARA dibawah institusi pendidikan MARA (IPMA) yang layak untuk memohon adalah :
- Kolej MARA (KM).
- Institut Kemahiran MARA (IKM).
- Kolej Kemahiran Tinggi MARA (KKTM).
- MARA Japan Industrial Institute (MIJI).
- Kolej Profesional MARA (KPM).
- Universiti Kuala Lumpur (UniKL).
- Kolej Universiti Poly-Tech MARA (KUPTM).
- Kolej Poly-Tech MARA (KPTM).
- German Malaysian Intitute (GMI).
Kadar Pinjaman
Kadar pinjaman maksimum adalah sebanyak RM3,000 .
Namun, penetapan jumlah pinjaman adalah tertakluk kepada harga sebenar komputer dan tidak melebihi jumlah amaun maksimum.
Syarat Kelayakan Permohonan SKIPMA 2022
- Pelajar mestilah Bumiputera.
- Ibu atau bapa berstatus Bumiputera.
- Pelajar yang ditawarkan mengikuti pengajian di IPMA secara sepenuh masa bagi peringkat :
– Persediaan / Pra-Universiti (Umur tidak melebihi 20 tahun).
– Sijil (Umur tidak melebihi 35 tahun).
– Diploma (Umur tidak melebihi 35 tahun).
– Ijazah Sarjana Pertama / Sarjana Muda (Umur tidak melebihi 45 tahun). - Pelajar baharu atau pelajar sedia ada (aktif) yang mempunyai baki pengajian tidak kurang dari 1 tahun daripada tarikh permohonan dibuat.
- Pelajar layak ntuk memohon satu kali pinjman komputer bagi setiap peringkat pengajian.
- Pelajar tidak mendapat kemudahan pinjaman atau kemudahan komputer dari badan penaja / pihak lain.
Cara Permohonan SKIPMA 2022
Permohonan SKIPMA ini boleh dibuat melalui pautan rasmi = https://aplikasi.mara.gov.my/skip/ atau wakil IPMA masing-masing bermula pada 4 April 2022.
Maklumat Lanjut
Untuk sebarang pertanyaan dan maklumat lanjut mengenai Permohonan SKIPMA 2022, Skim Pinjaman Komputer Pelajar (IPMA), anda boleh layari terus lawan web rasmi = https://aplikasi.mara.gov.my/skip/ atau ikuti Telegram MARA = https://t.me/majlisamanahrakyat untuk sebarang kemaskini.
Soalan Lazim
Bilakah tarikh tutup permohonan ?
18 April 2022.
Berapakah kadar Maksimum Pinjaman ?
Kadar pinjaman maksimum adalah sebanyak RM3,000.