Permohonan Skim Permata Sejahtera 2022 : Sumbangan Simpanan SSPN-i YPKT

Permohonan Skim Permata Sejahtera 2022. Skim Permata Sejahtera merupakan skim berbentuk sumbangan simpanan SSPN-i kepada anak-anak yang dilahirkan di Negeri Terengganu.

Ini bermakna, setiap anak yang dilahirkan di Negeri Terengganu berpeluang mendapatkan simpanan pendidikan SSPN-i yang boleh digunakan untuk tujuan pendidikan ketika mereka berumur 18 tahun.

Oleh itu, ibu bapa yang baru mendapatkan cahaya mata di Negeri Terengganu, sangat dialu-alukan untuk memohon skim ini secara atas talian (online).

Keistimewaan SSPN-i

Terdapat 6 keistimewaan utama yang bakal dinikmati ibu bapa yang mempunyai akaun SSPN-i iaitu :

  1. Pelepasan taksiran cukai pendapatam sehingga RM8,000 setahun berdasarkan simpanan bersih tahun semasa.
  2. Pelindungan takaful secara percuma ke atas pendeposit yang mempunyai simpanan RM1,000 dan ke atas.
  3. Kadar dividen yang kompetitif dan dikecualikan cukai pendapatan.
  4. Pemberian Geran Sempadan sehingga RM10,000 untuk satu keluarga yang layak.
  5. Simpanan dijamin oleh kerajaan.
  6. Layak memohon pinjaman pendidikan Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN).

Jumlah Sumbangan

Jumlah sumbangan yang akan diterima menerusi skim ini adalah :

  1. Anak pertama hingga anak ke 6 : RM100.00
  2. Anak ke-7 : RM200.00
  3. Anak ke-8 : RM300.00
  4. Anak ke-9 : RM400.00
  5. Anak ke-10 dan ke atas : RM500.00
Permohonan Skim Permata Sejahtera 2022

Syarat Permohonan

Syarat permohonan bagi ibu bapa yang ingin memohon skim ini adalah :

  1. Bayi hendaklah dilahirkan di Negeri Terengganu bermula pada 1.1.2022 sehingga 31.12.2022.
  2. Bagi bayi yang dilahirkan di luar Negeri Terengganu, permohonan hanya akan dipertimbangkan jika terdapat bukti atau pengesahan bahawa keperluan bersalin di luar Negeri Terengganu adalah atas nasihat doktor dan disebabkan oleh nasihat kepakaran atau komplikasi semasa proses bersalin.
  3. Ibu atau bapa bayi mestilah rakyat Negeri Terengganu yang lahir dan telah menetap melebihi 10 tahun di Negeri Terengganu.
  4. Bilangan anak bagi permohonan program ini dimaksudkan sebagai bilangan anak dalam sebuah keluarga adalah termasuk juga daripada kalangan keluarga berpoligami.

Cara Mohon Permohonan Skim Permata Sejahtera 2022

Untuk membuat permohonan, sila ikuti langkah-langkah seperti berikut :

  1. Layari pautan rasmi bagi permohonan berikut =
  2. Isi maklumat yang diperlukan dan klik “Next” bagi setiap paparan.
  3. Muat naik salinan dokumen yang diperlukan.
  4. Klik butang “Submit” untuk menghantar permohonan.

Salinan Dokumen

Salinan dokumen yang perlu dimuat naik semasa membuat permohonan adalah seperti berikut :

  1. Salinan Sijil Kelahiran Bayi dan Salinan MyKid bayi.
  2. Salinan Mykad ibu dan bapa.
  3. Salinan Sijil Nikah atau Kad Nikah ibubapa yang diiktiraf oleh Jabatan Agama Islam Malaysia.
  4. Salinan Sijil kelahiran atau MyKid/MyKad kesemua anak bagi permohonan kelahiran anak ke-7 dan ke atas.

Maklumat Lanjut

Untuk sebarang maklumat lanjut mengenai Permohonan Skim Permata Sejahtera 2022, sila layari laman web YPKT iaitu = https://www.ypkt.gov.my/ms/ atau hadir ke mana-mana Pejabat YPKKawasan yang berdekatan.

Leave a Comment