Permohonan Skim Air Darul Ehsan (SADE) 2022 . Skim Air Darul Ehsan (SADE) ini adalah salah satu program penjajaran semula pemberian air percuma kepada kumpulan sasar penduduk Negeri Selangor warganegara Malaysia dengan kadar pendapatan isi rumah RM4,000 dan ke bawah.
Tujuan Kerajaan Negeri Selangor memperkenalkan dasar ini ialah bagi meringankan beban kehidupan rakyat khususnya bagi golongan yang berpendapatan randah akibat daripada kadar sara hidup dan inflasi yang tinggi ketika ini.
Untuk makluman, pendapatan bulanan isi rumah RM4,000 dan ke bawah (suami dan isteri termasuk pendapatan pasangan bukan warganegara, tiada pasangan atau bujang).
Cara Permohonan Skim Air Darul Ehsan (SADE) 2022
- Permohonan SADE boleh dibuat secara atas talian melalui sesawang = https://ssipr.selangor.gov.my/
- Borang permohonan boleh dimuat turun atau diperolehi melalui saluran berikut : https://www.airselangor.com/residential/skim-air-darul-ehsan/?lang=ms
- Kaunter perkhidmatan di sepuluh (10) pejabat wilayah Penguran Air Selangor Sdn.Bhd. Pusat Khidmat Masyarakat (PKM)
- Borang permohonan yang telah lengkap boleh dihantar melalui emel ke oprair@airselangor.com atau melalui kaunter-kaunter perkhidmatan pejabat wilayah Pengurusan Air Selangor Sdn. Bhd.
- Sepanjang tempoh Perintah Kawalan Pengerakan (PKP), pendaftaran adalah secara atas talian di https://ssipr.selangor.gov.my/.
Syarat-syarat Permohonan Skim Air Darul Ehsan (SADE) 2022
- Pemohon mestilah warganegara malaysia dan menetap di Negeri Selangor.
- Pendapatan bulanan isi rumah RM4,000 dan kebawah (bagi yang telah berkahwin, ini termasuk pendapatan pasangan bukan warganegara, atau bagi yang tiada pasangan/bujang).
- Premis kediaman mempunyai meter individu.
- Pemohon hanya layak memohon untuk satu akaun atau premis sahaja.
Untuk pengetahuan akaun meter pukal kategori pangsapuri kos rendah akan terus menerima 20 meter padu air percuma di bawah SADE..
Rayuan Permohonan Skim Air Darul Ehsan (SADE) 2022
Pemohon yang telah mendaftar bagi program Inisiatif Peduli Rakyat di portal Smart SSIPR dan telah mengemukakan permohonan Skim Air Darul Ehsan secara atas talian (Online).
Pemohon hanya perlu ‘login’ sistem SSIPR di https://ssipr-daftar.selangor.gov.my/login dan tekan butang “Permohonan Rayuan” di bahagian bawah papran skrin permohonan Skim Air Darul Ehsan beliau.
Sila kemasiki maklumat permohonan yang terkini dan tekan butang “Hantar”.
Pemohon juga boleh membuat turun Borang Permohonan Skim Air Darul Ehsan di laman sesawang Air Selangor di www.airselangor.com atau mana-mana sepuluh Kaunter Perkhidmatan Pejabat Wilayah Pengurusan Air Selangor Sdn. Bhd.
Maklumat Lanjut