Permohonan Rumah Harapan Rakyat 2022 : Bayaran Balik Untuk Sebulan

Permohonan Rumah Harapan Rakyat 2022 . Inisiatif Rumah Harapan Rakyat bagi tahun ini (2022) adalah hasil daripada pembentangan Belanjawan 2022 Negeri Sembilan yang mana teah diumumkan oleh YAB Menteri Besar Negeri Sembilan.

Tujuan inisiatif ini diumumkan adalah untuk memberi ruang kepada rakyat berpendapatan rendah di Negeri Sembilan bagi memiliki rumah pada harga yang berpatutan.

Kepada rakyat Negeri Sembilan yang berminat boleh membuat permohonan , permohonan telah dibuka bermula dari 15 Februari 2022 sehingga 30 April 2022.

Harga Rumah Dan Bayaran Balik Bagi sebulan

Harga rumah yang ditawarkan menerusi inisiatif ini adalah RM78,000 seunit. Mereka yang layak akan ditawarkan pinjaman sehingga RM70,000 dengan baki RM8,000 akan disubsidi oleh kerajaan negeri.

Deposit yang kan dikenakan adalah 5% atau RM3,500 dengan yuran guaman adalah percuma.

Bagi byaran balik pula yang kan dikenakan bagi pembeli rumah adalah sebanyak RM222 sebulan. Dan tempoh byaran balik pinjman pembiayaan adalah selama 300 sebulan (25 tahun).

Permohonan Rumah Harapan Rakyat 2022

Syarat Permohonan Rumah Harapan Rakyat 2022

Syarat Permohonan Rumah Harapan Rakyat 2022 yang akan dikenakan kepada pembeli rumah adalah seperti berikut :

  1. Warganegara Malaysia berumur 21 hingga 50 tahun (keutamaan kepada anak Negeri Sembilan).
  2. Bujang dan Berkahwin ( keuutamaan kepada mereka yang telah berkahwin).
  3. Pendapatan bulanan isi rumah tidak melebihi RM4000 sebulan.
  4. Pemohon dan pasangan tidak memiliki rumah atau rumah uzur dan tidak selamat didiami.
  5. Memiliki tanah sendiri (hak milik/perkongsian) sahaja. Tanah tersebut hendaklah sesuai bagi pembinaan, bebas dari gadaian/bebanan ke atasnya.
  6. Keluasan tanah adalah tidak kurang 2,500 kaki persegi.
  7. Tanah untuk tapak rumah mestilah dalam keadaan sedia untuk pembinaan. Bebas dari sebarang halangan dan boleh diakses oleh kenderaan berat.
  8. Keutamaan kepada pemohon dalam kategori miskin tegar atau miskin yang berdaftar dalam sistem e-Kaseh.

Cara Memohon Permohonan Rumah Harapan Rakyat 2022

Untuk membuat Permohonan Rumah Harapan Rakyat 2022 sila ikuti langkah-langkah yang dikongsikan seperti berikut :

  1. Layari laman web rasmi = https://www.pknns.gov.my/info/terkini/permohonan-program-rumah-harapan-rakyat-dibuka-semula-sehingga-6-september-2021?fbclid=IwAR33Yjc0MJFHnApa4U91XhZoRtuqY-a7TFLCdygdo9SSV8mDe2EjGF6H77A
  2. Klik bahagian borang dan muat turun borang permohonan.
  3. Isi borang tersebut dengan lengkap dan betul.
  4. Sediakan dokumen yang diperlukan.
  5. Hantar borang permohonan berserta dokumen yang diperlukan ke pejabat daerah terdekat atau ke alamat berikut :

    Bahagian Pengurusan Startegik,
    23-H, Tingkat, Jalan Zaaba.
    70100 Seremban,
    Negeri Sembilan.

Dokumen Yang Diperlukan

Dokumen yang diperlukan untuk dihantar bersama borang permohonan adalah :

  1. Salinan Kad Pengenalan Pemohon
  2. Salinan Kad Pengenalan Pasangan (Isteri/Suami)
  3. Salinan Kad Pengenalan Penjamin
  4. Salinan Sijil Nikah / Salinan Daftar perkahwinan ? Sijil cerai / Sijil Kematian
  5. Salinan Kad Pengenalan atau Sijil Lahir / Mykid anak atau tanggungan
  6. Slip Gaji Terkini Pemohon – 3 bulan terakhir
  7. Slip Gaji Terkini Pasangan (Suami/Isteri) – 3 bulan terakhir (jika berkaitan)
  8. Salinan penyata akaun bank 3 bulan terkini pemohon
  9. Salinan Suruhanjaya Syarikat Malaysia (jika berkitan)
  10. Surat Pengesahan Pendapatan yang telah lengkap di isi dan disahkan (jika berkaitan)
  11. Penyata KWSP Pemohon / Suami dan Isteri (jika berkaitan)
  12. Gambar tapak cadangan
  13. Salinan Hak milik Tanah
  14. Salinan Sijil Carian Rasmi
  15. Gambar rumah terkini (jika ada)
  16. Pengesahan Ketua Adat (jika berkaitan)
  17. Surat Akuan Kebenaran Pemilik Tanak (jika berkaitan)

Tanggungjawab Pemohon

Pemohon yang telah berjaya membeli rumah ini, hendaklah memenuhi tanggungjawab yang telah ditetapkan seperti berikut :

  1. Mengisi dan melengkapkan borang permohonan.
  2. Menandatangani perjanjian pembiayaan dan membayar duti stem.
  3. Membuat pembayaran deposit sebanyak 5% (RM3,500).
  4. Menyediakan jalan keluar masuk ke tapak Pembinaan mengikut spesifikasi.
  5. Menyeiakan dan membuat penyambungan sumber bekalan air dan elektrik.
  6. Membuka akaun dan membuat pembayaran bulanan,.

Maklumat Lanjut

Untuk sebarang pertanyaan dan maklumat lanjut mengenai Permohonan Rumah Harapan Rakyat 2022 ini, sila hubungi pihak Pebadanan Kemajuan Negeri, Negeri Sembilan di talian 06-761 6871.

Soalan Lazim

Berapakah bayaran balik dalam sebulan ?

RM222 untuk sebulan, selama 300 bulan (25 tahun)

Bilakah tarikh akhir permohonan ?

15 Februari 2022 sehingga 30 April 2022.

Leave a Comment