Permohonan Program TVET Tahfiz MARA Ambilan 2022

Permohonan Program TVET Tahfiz MARA 2022 kini dibuka untuk semua pelajar yang berminat bagi melebarkan lagi ilmu dalam bidang al-Quran dan hafazan.

Melalui program TVET Tahfiz, para pelajar yang diterima masuk berpeluang untuk mendalami pelbagai bidang kemahiran namun pada masa yang sama dapat meneruskan pengajian dalam bidang hafazan.

Mengenai TVET

TVET adalah satu singkatan kepada Tecnical and Vocational Education Training atau lebih dekenali sebagai Pendidikan dan Latihan Teknikal dan Vokasional.

Untuk proses pendidikan TVET pula adalah menuju ke arah industri yang memerlukan tenaga kerja yang terlatih serta berkemahiran tinggi.

Program TVET Tahfiz mula dilhamkan pada tahun 2019 bagi memberi peluang dan membantu para pelajar tahfiz untuk mendapatkan latihan kemahiran yang sistematik melalui Pensijilan Kemahiran Malaysia yang diiktiraf oleh Kerajaan.

Matlamat program ini pula adalah untuk melahirkan golongan teknokrat dan huffaz professional.

Permohonan Program TVET Tahfiz

Tempoh Pengajian

Bagi tempoh pengajian TVET Tahfiz adalah selama 3 tahun sahaja.

Namun, sebelum itu pelajar perlu menyertai {rogram Bridging selama 3 tahun – dikecualikan untuk program KKTM Ledang.

Bidang Pengajian Yang Terlibat

Bidang pengajian yang terlibat dalam Program TVET Tahfiz adalah :

  1. Diploma Teknologi Penyejukan dan Penyaman Udara – IKM Besut.
  2. Diploma Kompetensi Kimpalan – IKM Lumut.
  3. Diploma Teknologi Automotif Komersial – IKM Jasin.
  4. Diploma Kejuteraan Elektronik Bioperubatan ( Radiologi dan Pengimejan) – KKTM Ledang.

Syarat Permohonan Program TVET Tahfiz

  1. Berumur 18 tahun sehingga 40 tahun.
  2. Pemohon berminat dalam bidang teknikal.
  3. Pemohon hendaklah sihat tubuh badan.
  4. Pemohon menghafal sekurang-kurangnya 10 juzuk.

Cara Mohon Permohonan Program TVET Tahfiz

Pelajar yang berminat aboleh mengisi maklumat anda di borang pautan ini = https://docs.google.com/forms/d/e/1FAIpQLSdf8ozuLFzf4JTOBCbovYAa_cJ3dmueEUVGJP5nqUrxdS3MPA/viewform

Maklumat Lanjut

Bagi sebarang pertanyaan dan maklumat lanjut mengenai Permohonan Program TVET Tahfiz, pelajar boleh menghubungi institusi pengajian masing-masing.

Soalan Lazim

Berapa lamakah tempoh pengajian TVET Tahfiz ?

Selama 3 tahun.

Berapakah umur yang layak untuk memohon permohonan ini ?

Berumur 18 tahun sehingga 40 tahun sahaja.

Leave a Comment