Permohonan Kemasukan Tahun 1 SRAI JAIS Bagi Tahun 2023

Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS telah membuka Permohonan Kemasukan Tahun 1 SRAI JAIS bagi kemasukan tahun 2023. SRAI merupakan institusi di bawah JAIS yang menawarkan pendidikan di peringkat rendah iaitu daripada tahun 1 sehingga tahun 6.

Kemasukan bagi murid Tahun 1 di sekolah ini akan berasaskan keputusan terbaik menerusi Ujian Kelaykan SRAI (UKS).

Tarikh Permohonan

Permohonan bagi kemasukan ke sekolah ini dibuka mulai 11 April sehingga 11 Mei 2022 melalui saluran permohonan yang disediakan.

Permohonan Kemasukan Tahun 1 SRAI JAIS

Kurikulum Pembelajaran

Kurikulum pembelajaran di SRAI adalah berasaskan kepada pendidikan agama Islam terutamanya pengajaran Al-Quran dan Fardhu Ain.

Namun, pembelajaran yang lain juga tidak diketepikan juga dengan turut memberikan pembelajaran asas seperti Bahasa Arab dan Bahasa Inggeris.

Syarat Permohonan

Syarat permohonan Kemasukan Tahun 1 SRAI JAIS yang dikenakan terhadap ibu bapa yang ingin memohon kemasukan ke sekolah adalah seperti berikut :

i.) Pemohon

  1. Ibu/bapa pemohon hendaklah mendaftar sebagai pengguna di Portal MyGovernment.
  2. Ibu/bapa mestilah warganegara Malaysia.
  3. Permohonan hanya boleh dilakukan 1 kali sahaja.

ii.) Kanak-kanak

  1. kanak-kanak tersebut mestilah warganegara Malaysia
  2. Lahir dari 2 Januari 2016 hingga 1 Januari 2017 sahaja.
  3. Ibu bapa mestilah mendaftarkan maklumat kanak-kanak di Profil Keluarga Portal MyGovernment.
  4. Kanak-kanak tersebut mestilah telah mendaftar di Sekolah kebangsaan (SK) sebelum membuat permohonan.

Cara Buat Permohonan Kemasukan Tahun 1 SRAI JAIS

Bagi Permohonan Kemasukan Tahun 1 SRAI JAIS boleh dibuat menerusi langkah-langkah yang dikongsikan seperti di bawah :

  1. permohonan boleh dibuat menerusi laman web = https://www.malaysia.gov.my/portal/index.
  2. Klik bahagian “Daftar”.
  3. Isi maklumat pendaftaran dan klik butang “Hantar”.
  4. Klik bahagian “Log Masuk” dan klik butang “Kata Laluan”.
  5. Masukkan no kad pengenalan dan klik butang “Seterusnya”.
  6. Buat pendaftaran pada bahagian Profil keluarga.
  7. Pastikan semua maklumat lengkap dan betul bagi sekolah dan daerah sebelum klik butang “Daftar”.
  8. Hantar salinan borang permohonan dan semua dokumen yang dikehendaki di pejabat sekolah.

Selain itu juga, ibua bapa boleh membuat permohonan menerusi pautan = https://sekolah.jais.gov.my/srai/public/

Maklumat Lanjut

Untuk maklumat lanjut mengenai kemasukan Tahun 1 SRAI JAIS ini, anda boleh layari laman web = https://pendidikan.jais.gov.my/

Leave a Comment