Permohonan Ithbat Hafazan Al-Quran 2022 Bagi Negeri Selangor

Permohonan Ithbat Hafazan Al-Quran 2022. Untuk makluman, kepada mereka yang berminat bagi Program Ithbat Hafazan Al-Quran Negeri Selangor 2022, permohonan kini terbuka kepada mereka yang layak.

Berikut dikongsikan garis panduan kepada semua yang ingin mengikuti program tersebut.

Tarikh Tutup Permohonan Permohonan Ithbat Hafazan Al-Quran 2022

Tarikh bagi tutup Permohonan Ithbat Hafazan Al-Quran 2022 adalah :

  • Tarikh : 22 Syaaban 1443H / 25 Mac 2022
  • Hari : Jumaat

Walaubagaimanapun, pihak urusetia berhak untuk mengubah tarikh temuduga tersebut mengikut kesesuaian masa dan keadaan.

Syarat Kelayakan Permohonan Ithbat Hafazan Al-Quran 2022

Syarat kelayakan tersebut hendaklah dipenuhi oleh pemohon, antaranya :

  1. Beragama Islam dan Warganegara Malaysia.
  2. Menetap di negeri Selangor melebihi tiga tahun.
  3. Pemohon yang lahir di negeri selangor tetapi menetap di luar selangor tidak layak untuk memohon.
  4. Pemohon yang tidak menetap dan hanya belajar di Negeri Selangor juga tidak layak untuk memohon.
  5. Tidak menerima apa-apa elaun ithbat dari mana-mana Majlis Agama Islam Negeri lain, badan berkanun atau mana-mana meyayasan.
  6. memiliki Sijil Khatam Al-Quran / Syahadah yang dikeluarkan oleh Institusi Tahfiz.
  7. Berumur 18 tahun ke atas bagi kategori 1 hingga 10 juzuk dan 1 hingga 20 juzuk pada tarikh tutup penyertaan. Bagi kategori 1 hingga 30 juzuk terbuka kepada semua peringkat umur.

Cara Permohonan Ithbat Hafazan Al-Quran 2022

Pemohon perlu mengisi borang permohonan yang boleh dimuat turun melalui laman web rasmi Jais di = https://www.jais.gov.my/v2/index.php / atau di Unit Dakwah, Pejabat Agama Islam Daerah (PAID).

Permohonan Ithbat Hafazan Al-Quran 2022

Pemohon juga boleh menghantar borang tersebut ke Bahagian Dakwah Jais di :

  • Tingkat 7 Menara Selatan,
    Bangunan Sultan Idris Shah,
    No.2, Persiaran Masjid Bukit S.U.K,
    Seksyen 5, 40676 Shah Alam,
    Selangor Darul Ehsan.
  • No. Telefon : 03-55143590 / 03-5514 3507

Atau penghantaran borang juga boleh dibuat melalui email. Pastikan borang permohonan anda telah :

  1. Lengkap diisi kesemuanya.
  2. mendapat sokongan Ketua unit Dakwah Daerah.
  3. Salinan dokumen yang telah disahkan.
  4. Mengimbas (Scan) semua dokumen yang diperlukan dalam bentuk format “PDF”.
  5. Hantar dokumen yang telah lengkap diimbas ke email = ithbathafazan@gmail.com

Dokumen Yang Diperlukan

Dokumen-dokumen yang diperlukan antaranya :

  1. Salinan Kad Pengenalan pemohon
  2. Salinan Sijil Khatam Hafazan Al-Quran / Syahadah Hafaz Al-Quran
  3. Borang Pengesahan Pemastautin (wajib kepada semua pemohon)
  4. Salinan penyata akaun bank pemohon yang terkini (akaun Tabung Haji tidak diterima)

Untuk makluman pemohon, salinan dokumen di atas perlu disahkan oleh Penghulu Mukim / Nazir Masjid / Pengerusi JKKK / Pengerusi JawatanKuasa.

Kadar Elaun

Kadar elaun adalah bergantung kepada peruntukan kewangan semasa yang diluluskan oleh Lembaga Zakat Selangor (LZS).

Proses Temuduga

  1. Permohonan yang tidak lengkap tidak akan diproses.
  2. Calon yang lulus tapisan sahaja akan dipanggil untuk sesi temuduga.
  3. Calon yang layak menduduki temuduga akan dihubungi melalui surat / email / panggilan talefon.
  4. Permohonan yang tidak menerima jawapan selepas 1 bulan dari tarikh tutup permohonan adalah dianggap tidak berjaya.
  5. Calon hendaklah hadir pada tarikh dan masa ujian yang telah ditetapkan.
  6. Sebarang rayuan dan pertukaran tarikh ujian temuduga tanpa sebarang alasan yang munasabah tidak akan dilayan.

Maklumat Lanjut

Untuk sebarang pertanyaan dan maklumat lanjut boleh terus hubungi )3-5514 3590 / 03 5514 3507

Soalan Lazim

Berapakah kadar elaun ?

Bergantung kepada peruntukan kewangan yang diluluskan oleh Lembaga Zakat Selangor (LZS).

Bolehkah pemohon dari negeri lain untuk memohon?

Tidak.

Leave a Comment