Permohonan IPG Tahun 2023

Permohonan IPG 2023 iaitu Program Ijazah Sarjana Muda Perguruan (PISMP) di Institut Pendidikan Guru Malaysia telah dibuka oleh Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM). Permohonan ini digalakkan untuk pelajar lepasan SPM yang berminat dan memiliki komitmen serta dedikasi dalam bidang perguruan.

Syarat kelayakan yang telah ditetapkan perlu dipenuhi oleh pemohon. Permohonan PISMP boleh dikemukakan secara terus oleh mereka yang berminat dan berkelayakan bermula dari 15 Mac 2023 sehingga tarikh tutup pada 14 April 2023 tanpa perlu melalui UPUonline.

Cara Permohonan IPG 2023 Online

Dalam membuat permohonan PISMP IPG sesi 2023 secara atas talian, anda boleh mengikuti langkah-langkah berikut:

  1. Pemohon boleh membuat permohonan secara online dengan melayari laman web rasmi https://pismp.moe.gov.my/
  2. Pemohon baru perlu mendaftar terlebih dahulu untuk mendapatkan borang permohonan online IPG PISMP
  3. Sila masukkan No. Kad Pengenalan dan klik butang “Semak”
  4. Satu permohonan sahaja dibenarkan untuk dikemukakan oleh pemohon dan permohonan tersebut boleh dikemaskini pada bila-bila masa sehingga tarikh permohonan ditutup.
  5. Permohonan perlu disahkan dan dihantar sebelum tarikh tutup dan nombor rujukan akan diberikan sebagai pengesahan apabila permohonan berjaya dihantar.
  6. Permohonan tersebut boleh ditolak jika terdapat maklumat yang tidak benar dan tidak lengkap.

Tarikh Penting Permohonan IPG PISMP 2023

Tarikh permohonan bagi IPG online untuk Program Ijazah Sarjana Muda Perguruan ambilan 2023 dibuka pada 15 Mac 2023 sehingga 14 April 2023.

Pemohon yang berminat disarankan untuk sentiasa melayari portal rasmi Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) untuk mendapatkan maklumat yang lebih lanjut.

Berikut adalah maklumat lanjut Permohonan PISMP IPG bagi sesi 2023 yang boleh dijadikan sebagai rujukan.

Permohonan IPG Tahun 2023

Syarat Kelayakan IPG 2023

Antara syarat-syarat kelayakan permohonan IPG Institut Penguruan Guru Malaysia adalah seperti berikut:

  • Warganegara Malaysia.
  • Berumur tidak melebihi 20 tahun
  • Sihat tubuh badan
  • Aktif dalam kegiatan kokurikulum
  • Gred cemerlang dalam mana-mana 5 mata pelajaran dalam SPM
  • Gred kepujian sekurang-kurangnya perlu diperoleh dalam mata pelajaran berikut:
    • Bahasa Melayu
    • Bahasa Inggeris
    • Sejarah
  • Memenuhi syarat bidang pengkhususan

Leave a Comment