Permohonan i-Perantau 2022. Untuk makluman, kepada anak perantau Terengganu yang berpendapatan rendah kini boleh mendapatkan bantuan yang disediakan oleh Kerajaan Negeri Terengganu menerusi i-Perantau.
Menerusi bantuan ini, kerajaan negeri telah memperuntukkan hampir RM1.5 juta bagi dana khas tersebut yang bakal memberi manfaat kepada 5,000 orang ketua isi rumah.
Ikuti perkongsian lanjut dibawah bagi mereka yang ingin membuat permohonan i-Perantau.
Tarikh Permohonan
Para perantau yang berminat untuk memohon i-Perantau boleh mula membuat permohonan bermula pada 24 April 2022 sehingga tarikh tutup pada 2 Mei 2022 secara atas talian (online).
Tarikh Bayaran
Bagi bayaran pertama bantuan ini akan mula dibuat pada 15 Mei 2022 bermula di zon Lembah Klang serta disusuli zon lain termasuk di Sabah dan Sarawak.
Syarat Permohonan i-Perantau 2022
Syarat permohonan bagi pemohon yang ingin memohon bantuan ini adalah :
- Ketua isi rumah yang mengundi di Terengganu.
- Isi rumah berpendapatan RM5,000 ke bawah.
Cara Mohon Permohonan i-Perantau 2022
Permohonan bantuan ini boleh dilakukan dengan cara memohon melalui laman web rasmi = https://ibantuan.terengganu.gov.my/#/ .
Maklumat Lanjut
Untuk sebarang pertanyaan dan maklumat lanjut mengenai Permohonan i-Perantau 2022, sila layari laman web https://ibantuan.terengganu.gov.my/#/ atau pemohon boleh hubungi talian 011-51754924 / 011-51754969.
Soalan Lazim
Bilakah tarikh tutup permohonan i-Perantau Bantuan Aidilfitri ini ?
Permohonan ditutup pada 2 Mei 2022.
Apakah syarat bagi pemohon yang ingin membuat permohonan tersebut ?
– Ketua isi rumah yang mengundi di Terengganu.
– Isi rumah yang berpendapatan RM5,000 dan ke bawah.