Permohonan Guru KAFA JAIM 2022 : Cara Mohon Jawatan Kosong

Permohonan Guru KAFA JAIM 2022. Jabatan Agama Islam Melaka (JAIM) telah membuka permohonan bagi mereka yang berminat untuk mengisi jawatan kosong sebagai Guru Kelas Al-Quran dan Fardhu Ain (KAFA) secara kontrak.

Dengan itu, kepada individu yang berminat boleh membuat permohonan dengan segera sebelum tarikh tutup iaitu pada 19 Mei 2022, jam 1.00 petang menerusi borang permohonan yang disediakan.

*Nota – Peringatan kepada mereka yang menghantar borang permohonan yang lewat pada tarikh dan masa yang telah ditetapkan tidak akan diproses.

Permohonan Guru KAFA JAIM 2022

Jumlah Elauan Dan Tempoh Kontrak

Jumlah elaun yang akan diberikan menerusi jawatan kosong ini adalah sebanyak RM1,000.00 sebulan.

Manakah tempoh kontrak yang ditawarkan menerusi jawatan kosong ini pula adalah selama tiga (3) tahun.

Syarat Kelayakan

Syarat kelayakan bagi memohon Permohonan Guru KAFA JAIM 2022 ini adalah seperti berikut :

  1. Pemohon merupakan warganegara Malaysia.
  2. Berumur tidak kurang dari 18 tahun dan tidak melebihi 40 tahun pada tarikh tutup jawatan.
  3. Sihat tubuh badan dan disahkan oleh Pengamal Perubatan atau pergigian berdaftar.
  4. Pemohon memiliki Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) dengan kelulusan berikut :
    – Kepujian Dalam Bahasa Melayu (Sekurangnya gred C).
    – Merupakan lepasan Sekolah Menengah Agama Atau Sekolah Menengah Kebangsaan dengan kepujian dalam Pendidikan Islam atau Pendidikan Al-Quran dan As-Sunnah atau Pendidikan Syariah Islamiah.
    – Berpengetahuan dalam bacaan Al-Quran dan tulisan jawi
    – Lulus bagi subjek Bahasa Arab Tinggi atau Bahasa Arab (Komunikasi).

Cara Mohon Permohonan Guru KAFA JAIM 2022

Individu Yang berminat boleh membuat permohonan menerusi langkah-langkah berikut :

  1. Muat turun borang permohonan di pautan ini = https://drive.google.com/file/d/1Ivqi59UxXrdNEK42NTktHizoSzLVrT7l/view?fbclid=IwAR1lIM7_gcEnw00KGWK8H4cH8thulvAacLme9RMhC6l3b3Jokxnu5rGl9UU
  2. Lengkapkan borang permohonan tersebut.
  3. Sediakan dokumen sokongan yang diperlukan.
  4. Hantar borang permohonan beserta dokumen sokongan ke alamat berikut :

    Pengarah,
    Jabatan Agama Islam Melaka,
    Aras 2, Pusat Islam Melaka,
    Jalan Bukit Palah,
    75400 Melaka.
    (u.p : Bahagian Khidmat Pengurasan)

Dokumen Sokongan

Dokumen yang diperlukan untuk sokongan yang perlu dihantar kepada pihak JAIM bersama borang permohonan adalah :

  1. Salinan Surat Beranak
  2. Salinan Kad Pengenalan
  3. Salinan Keputusan SPM
  4. Sijil Akademik Peringkat Institut/Universiti Tertinggi
  5. Sijil Ikhtisas

Lokasi Penempatan

Lokasi penempatan bagi permohonan jawatan ini adalah di Daerah Melaka Tengah.

Adalah diingatkan, pemohon yang berjaya perlu bersedia untuk ditempatkan dimana-mana lokasi yang ditetapkan oleh jabatan.

Maklumat Lanjut

Sebarang pertanyaan dan maklumat lanjut mengenai Permohonan Guru KAFA JAIM 2022 / Jawatan Kosong tersebut, sila hubungi Unit Pengurusan Sumber Manusia 2 (PSM2), Bahagian Khidmat Pengurusan, JAIM di talian 06-333 3333 samb 5612/5690.

Soalan Lazim

Bilakah tarikh tutup permohonan ?

19 Mei 2022, jam 1.00 petang

Berapakan jumlah elaun yang diberikan ?

Jumlah elaun yang akan diberikan adalah sebanyak RM 1,000.00.

Berapa lamakah tempoh kontrak ?

Selama 3 tahun.

Leave a Comment