Gerakan Tanah Air : Latar Belakang Dan Sejarah

Gerakan Tanah Air (GTA) adalah merupakan sebuah gabungan politik di Malaysia. Pada tahun 2022, gabungan ini ditubuhkan yang terdiri dari empat parti politik yang memiliki orientasi sayap kanan.

Latar Belakang Dan Sejarah

Gerakan Tanah Air (GTA) diasaskan oleh Tun Dr. Mahathir bin Mohamad, bekas Perdana Menteri Malaysia ke-4 dan ke-7. Pengumuman penubuhan parti ini secara rasminya telah dibuat pada 4 Ogos 2022.

Gerakan Tanah Air (GTA) ialah sebuah gabungan gerakan politik inklusif pertama dalam negara yang menggabungkan wakil daripada individu, tokoh masyarakat daripada pelbagai bidang atau latar belakang, ahli akademik, kumpulan profesional dan parti-parti politik seperti parti Pejuang, parti Barisan Jemaah Islamiah Se-Malaysia (Berjasa), parti Perikatan India Muslim Malaysia (Iman), parti Bumiputera Perkasa Malaysia (Putra), badan bukan kerajaan (NGO)

Gerakan Tanah Air diwujudkan sebagai platform bagi orang Melayu untuk mencari penyelesaian terhadap masalah yang mereka hadapi dan bersama-sama mendapatkan tempat mereka dalam negara yang berbilang kaum ini.

Dr. Mahathir, yang juga merupakan pengerusi penaja gagasan baharu, menjelaskan bahawa penubuhan Gerakan Tanah Air tidak bermaksud untuk mengambil harta masyarakat bukan Melayu atau menghalang mereka daripada mencapai kekayaan. Sebaliknya, ia bertujuan untuk memperbaiki ekonomi masyarakat Melayu.

Berikut dengan itu, katanya, Gerakan Tanah Air mengundang semua orang Melayu yang merasa bimbang terhadap masa depan mereka untuk menyertai atau memberi sokongan kepada gerakan tersebut. Katanya, mereka akan mendaftarkan nama Gerakan Tanah Air dalam masa terdekat dengan nama yang telah disetujui.

Gerakan Tanah Air (GTA) akan menggunakan logo obor dengan api menyala sebagai lambang gabungan 4 buah parti dalam Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU-15) yang akan datang.

Struktur Kepimpinan

GTA dipimpin oleh DR. Mahathir sebagai Pengerusi, sementara jawatan Timbalan Pengerusi dipegang oleh keempat-empat presiden parti komponen GTA, iaitu Ustaz Zamani Ibrahim (Presiden Berjasa), Datuk Paduka Ibrahim Ali (Presiden Putra), Datuk Seri Mukhriz Tun Mahathir (Presiden Pejuang), dan Datuk Mohammed Mosin Abdul Razak (Presiden IMAN).

Bagi jawatan Ketua Setiausaha, ia dipegang oleh Datuk Wira Marzuki Yahya daripada Pejuang. Manakala, jawatan Bendahari disandang oleh Datuk Mohamed Ismail daripada Berjasa.

Leave a Comment