Permohonan GrEP 2022 : Program Graduan Cemerlang MARA

Permohonan GrEP 2022. Untuk makluman, GrEP adalah pinjaman pelajaran dalam bentuk pinjaman boleh ubah di peringkat pasca siswazah sama ada peringkat Sarjana dan Doktor Falsafah yang ditawarkan kepada graduan yang cemerlang dalam bidang yang memberi impak besar kepada keperluan guna tenaga negara.

Pemohon yang berminat memohon pinjaman pelajaran ini, pemohon boleh semak syarat-syarat untuk memohon dan cara mohon permohonan yang disediakan dibawah.

Tarikh Permohonan GrEP 2022

Tarikh bagi permohonan GrEP 2022 ini telah mula dibuka pada awal April iaitu bermula pada 1 April 2022 dan ditutup pada 15 April 2022 secara atas talian (online).

Bidang & Sub Bidang

Permohonan bagi pinjaman pelajaran ini dibuka bagi pelajar yang mengambil bidang dan su bidang adalah seperti berikut :

Permohonan GrEP 2022

Syarat Umum

Pemohon perlu memenuhi syarat umum yang telah ditetapkan iaitu :

  1. Pemohon dan salah seorang ibu atau bapa adalah bertaraf Bumiputera dan warganegara Malaysia.
  2. Had umur pemohon pada 31 Disember 2022 di peringkat pengajian beriku :
    i.) Sarjana :
    – Dalam Negara : Tidak melebihi 40 tahun
    – Luar Negara : Tidak melebihi 35 tahun
    ii.) Doktor Falsafah :
    – Dalam Negara : Tidak melebihi 45 tahun
    – Luar Negara : Tidak melebihi 40 tahun
  3. Pemohon telah menamatkan pengajian di peringkat Ijazah Pertama / Sarjana dengan kejayaan akademik cemerlang.
  4. Pemohon perlu mendapatkan pengesahan dari doktor bertauliah bahawa pemohon adalah sihat dan boleh melanjutkan pengajian.
  5. Pemohon/ibu/bapa/penjaga/pasangan tidak termasuk dalam Senarai Hitam MARA atau dalam tindakan undang-undang MARA.
  6. Pemohon tidak mendapat bantuan kewangan / tajaan daripada mana-mana agensi bagi pengajian di peringkat yang sama.
  7. Pemohon mendapat pelepasan / penangguhan kontrak perkhidmatan atau bayaran balik pinjaman daripada badan penaja lain. Bagi calon yang sedang dalam perkhidmatan perlu mendapatkan kelulusan cuti belajar atau pengesahan bertulis daripada majikan.
  8. Pemohon tidak pernah ditamatjkan bantuan oleh mana-mana penaja atas sebab tindakan disiplin, menyalahi undang-undang negara serta tidak pernah diberhentikan oleh mana-mana Institusi Pengajian atas masalah akademik/disiplin.

Syarat Akademik

Selain itu juga, pemohon juga perlu memenuhi syarat akademik yang ditetapkan iaitu :

  1. Sarjana Dalam Negara
    – Pemohon memiliki Ijazah Sarjana Muda yang diiktiraf oleh kerajaan dengan pencapaian CGPA minimum 3.00 atau setaraf dengannya bagi pengajian peringkat terdahulu.
  2. Sarjana Luar Negara
    – Pemohon memiliki Ijazah Sarjana Muda yang diiktirafkan oleh kerajaan dengan pencapaian CGPA minimum 3.75 atau Kelas Pertama atau yang setaraf dengannya.
    – Pemohon memperolehi IELTS 6.5.
  3. PhD Dalam Negara
    – Pemohon memiliki kelayakan Sarjana yang diiktiraf oleh kerajaan dengan pencapaian CGPA3.50 atau yang setaraf dengannya.
  4. PhD Luar Negara
    – Pemohon memiliki kelayakan Sarjana yang diiktiraf oleh Kerajaan dengan pencapaian CGPA minimum 3.75 atau Kelas Pertama atau yang setaraf dengannya.
    – Pemohon memperolehi IELTS 6.5

Bagi pengajian peringkat Sarjana Senibina, pemohon perlu mempunyai kelayakan yang diiktiraf oleh Lembaga Arkitek Malaysia (LAM) dan pengalaman kerja dalam berkaitan sekurang-kurangnya 6 bulan.

Selain itu, pemohon yang tidak memenuhi syarat CGPA seperti yang dinyatakan layak dipertimbangkan, sekiranya memiliki pengalaman kerja dalam bidang berkaitan sekurang-kurangnya 3 tahun.

Syarat Program Permohonan GrEP 2022

Untuk syarat program juga perlu untuk dipenuhi oleh pemohon, antaranya ialah :

  1. Pemohon yang sedang atau akan memulakn pengajian sebelum atau pada 31 Disember 2022.
  2. Mempunyai baki tempoh pengajian sekurang-kurangnya 1 tahun bagi pengajian peringat Sarjana dan 2 tahun bagi pengajian peringkat Doktor Falsafah.
  3. Untuk pengajian peringkat Doktor Falsafah (PhD) yang tidak memenuhi syarat ranking university by subjects layak dipertimbangkan sekiranya H-Indeks 30 dan ke atas bagi penyelia utama.
  4. Pemohon mendapat tawaran pengajian daripada Intitusi Pengajian dalam negara seperti dalam senarai IPT.
  5. Pemohon mendapat tawran ersyarat (Conditional Offer) atau tanpa syarat (Unconditional Offer) daripada Institusi Pengajian terkemuka luar negara seperti dalam senarai IPT.
  6. Pemohon belum mempunyai kelyakan akademik bagi peringkat pengajian yang akan diikuti.
  7. Kursus yang diikuti telah mendapat pengiktirafan daripada Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA).
  8. Permohonan terbuka untuk pengajian secara sepenuh masa sahaja mengikut kursus dalam bidang terpilih.

Cara Mohon Permohonan GrEP 2022

Untuk membuat permohonan GrEP 2022 , sila ikuti langkah-langkah tersebut :

  1. Layarai laman web rasmi permohonan = https://myeduloan.mara.gov.my/v3/#/Login
  2. Klik butang “Daftar Sekarang”.
  3. Isi butiran yang diperlukan dan klik butang “Daftar akaun”.
  4. Log masuk dengan memasukkan no. kad pengenalan dan kata laluan.
  5. Lengkapkan maklumat permohonan dengan lengkap.
  6. Klik butang hantar permohonan.

Maklumat Lanjut

Untuk sebarang pertanyaan dan maklumat lanjut mengenai Permohonan GrEP 2022, anda boleh hantar email ke :

  • grepdn@mara.gov.my ( Permohonan dalam negara )
  • grepln@mara.gov.my ( Permohonan luar negara )

Soalan Lazim

Bilakah tarikh tutup permohonan ini ?

15 April 2022 (Jumaat).

Bagaimankah cara untuk memohon permohonan ini ?

Bagi mereka yang berminat, boleh semak di artikel ini, cara mohon permohonan.

Leave a Comment