Permohonan BSP 2022 : Skim Biasiswa Sukan Persekutuan

Permohonan BSP 2022. BSP adalah biasiswa yang ditawarkan oleh Kementerian Belia dan Sukan bagi para atlet yang sedang melanjutkan pengajian di IPT secara sepenuh masa.

Kini Kementerian Belia dan Sukan telah membuka permohonan untuk para atlet memohon Biasiswa Sukan Persekutuan bagi tahun 2022. Bagi atlet yang memenuhi syarat permohonan adalah dialu-alukan untuk memohon biasiswa tersebut.

Tarikh Permohonan

Bagi tarikh permohonan biasiswa ini adalah :

  • Permohonan Dibuka : 15 April 2022
  • Permohonan Ditutup : 30 April 2022

Peringkat pengajian

Peringkat pengajian yang layak memohon biasiswaa ini adalah seperti berikut :

  • Peringkat Diploma
  • Peringkat Ijazah Sarjana Muda Pertama

Syarat Permohonan BSP 2022

Syarat permohonan BSP 2022 yang telah ditetapkan bagi biasiswa ini adalah :

  1. Terbuka kepada atlet yang akan / sedang menyambung pengajian di peringkat Diploma atau Ijazah Sarjana Muda Pertama di IPT Malaysia dan masih bergiat aktif dalam bidang sukan, sekurang-kurangnya mewakili IPT Malaysia ke Sukan Universiti Asean (AUG) atau mewakili Negeri dalam (SUKIPT) Sukan Institusi Pengajian Tinggi atau Kejohonan Kebangsaan yang diiktiraf.
  2. Berumur tidak melebihi 25 tahun bagi pengajian peringkat Diploma secara sepenuh masa. Atau tidak melebihi 30 tahun bagi Pengajian Peringkat Ijazah Sarjana Muda Pertama secara sepenuh masa.
  3. Telah mendapat surat tawaran pengajian bagi pelajar baharu pengajian secara sepenuh masa di peringkat Diploma dan Ijazah Sarjana Muda Pertama mengikut tempojh pengajian yang ditawarkan oleh IPT berkenaan. Sekiranya sedang mengikuti pengajian, [pemohon perlulah :
    – memiliki tempoh baki pinjaman sekurang-kurangnya 1 tahun akademik (2 atau 3 semester mengikut sistem kalender akademik IPT berkenaan) atau lebih yang bukan dalam tempoh pelanjutan.
  4. IPT tempatan sahaja serta bidang pengajian yang mempunyai pengiktirafan Agensi Kelayakan Malaysia/Malaysia Qualification Agency.
  5. Tidak menerimam sebarang tajaan / biasiswa daripada mana-mana institusi / agensi kerajaan / swasta yang lain.
  6. Atlet sihat daripada segi mental dan fizikal.
  7. Berkelakuan baik dan mempunayai minat serta semangat yang tinggi.
  8. Pemohon hendaklah bersedia untuk terus giat dalam latihan dan pertandingan-pertandingan sukan pilihannya dan mengekalkan prestasi sepanjang tempoh pengajiannyan sebagai syarat menerima biasiswa ini serta dikehendaki mewakili negara dalam mana-manan pertandingan di peringkat Kebangsaan/Antarabangsa sekiranya diperlukan.
  9. Atlet Negara yang memohon biasiswa ini perlu melampirkan surat pengesahan daripada Majlis Sukan Negara (MSN).
Permohonan BSP 2022

Cara Mohon Permohonan BSP 2022

Permohonan boleh dibuat menerusi langkah-langkah seperti berikut :

  1. Layari laman web rasmi = https://spsb.kbs.gov.my/backend/web/
  2. Pilih bahagian e-Biasiswa.
  3. Klik butang “Daftar”.
  4. Masukkan maklumat yang diperlukan dan klik butang “Hantar”.
  5. Log masuk dengan memasukkan ID Pengguna dan kata laluan.
  6. Isi maklumat permohonan dengan lengkap dan betul.
  7. Hantar permohonan setelah semua maklumat lengkap diisi.

Maklumat Lanjut

Untuk sebarang pertanyaan dan maklumat lanjut mengenai Permohonan BSP 2022, sila hubungi Unit Biasiswa KBS di talian 03-8871 3548/3546.

Leave a Comment