Permohonan BMT 2022 : Bantuan Musim Tengkujuh Bagi Pekebun Kecil

Permohonan BMT 2022. BMT adalah salah satu bantuan yang telah diwujudkan bagi membantu pekebun kecil dan penoreh getah yang terjejas pendapatnnya akibat musim hujan.

Pekebun kecil (pemilik pengusaha) dan pekebun kecil (penoreh bukan pemilik) yang berdaftar dengan RISDA boleh membuat permohonan.

Untuk makluman, pekebun kecil getah pemilik pengusaha adalah pekebun kecil yang memiliki tanah, menguruskan atau mengusahakannya sendiri manakah penoreh bukan pemilik pula adalah mereka yang menoreh getah di kebun pekebun kecil sebagai pekerjaan utama dan tidak memiliki tanah bertanam getah.

Tarikh Permohonan

Permohonan bantuan ini telah dibuka bermula pada 5 Mei 2022 dan akan ditutup pada 15 September 2022.

Pekebun kecil serta penoreh getah boleh membuat permohonan sekarang melalui atas talian.

Permohonan BMT 2022

Kadar Bantuan

Kadar bantuan yang telah ditetapkan adalah sebanyak RM600 bagi pekebun kecil dan penoreh getah yang layak.

Bayaran bantuan ini juga akan dibuat secara 2 peringkat iaitu pada bulan November dan Disember 2022.

Penyaluran Bayaran

penerima yang layak akan diproses untuk bayaran bantuan secara Electronik Fund Transfer (EFT) ke akaun bank yang aktif yang telah didaftarkan oleh penerima ketika membuat permohonan.

Dimaklumkan kepada pemohon, nombor akaun bagi Tabung Haji dan Amanah Saham Nasional Berhad (ASNB) tidak boleh digunakan untuk banyaran bantuan tersebut.

Syarat Kelayakan Permohonan BMT 2022

Syarat kelayakan Permohonan BMT 2022 yang ditetapkan bagi permohonan bantuan ini adalah seperti berikut :

i.) Pekebun Kecil (Pemilik Pengusaha)

  • Warganegara Malaysia.
  • Pekebun kecil yang berdaftar dengan RISDA.
  • Memiliki keluasan tanah 0.1 hektar sehingga 2.5 hektar secara agregat.
  • Pemilik tanah yang sah.
  • Satu (1) lot tanah hanya seorang penerima bantuan sahaja (tanpa mengira bilangan ahli kongsi).
  • Seorang pekebun kecil hanya layak menerima sekali sahaja.

ii.) Pekebun kecil (penoreh bukan pemilik)

  • Warganegara Malaysia.
  • Penoreh bukan pemilik yang berdaftar dengan RISDA.
  • Menoreh di lot berkeluasan 0.1 hingga 2.5 hektar.
  • Mempunyai pengesahan pemilik tanah yang sah.
  • Seorang penerima sahaja untuk 1 lot.
  • Mempunyai Kad Permit Autoriti Getah (PAT-G) yang masih sah.
  • Seorang penoreh hanya layak menerima sekali sahaja.

Cara Mohon Permohonan BMT 2022

Permohonan boleh dibuat secara atas talian melalui lama web = https://pekebunkecilmakmur.com.my/ mengikut kategori berikut.

i.) Pemohon pekebun kecil yang menyertai program tanam semula RISDA atau bukan di bawah mana-mana Agensi hendaklah menyertakan dokumen sokongan seperti :

  • Kad Pengenalan pemohon dan salinan.
  • Geran asal tanah dan salinan.
  • Salinan buku akaun bank yang aktif.

ii.) Pemohon penoreh bukan pemilik pula hendaklah menyertakan dokumen sokongan seperti :

  • Kad pengenalan pemohon dan salinan.
  • Salinan Kad Pengenalan pemilik tanah.
  • Salinan geran lot yang di toreh.
  • Salinan buku akaun bank yang aktif.
  • Salinan kad PAT-G yang masih sah atau slip pengaktifan Kad PAT-G.
  • Surat pengesahan daripada pemilik tanah/wakil yang sah.

Tempoh Rayuan

Bagi permohonan yang ditolak, permohonan rayuan boleh dibuat mulai 16 september 2022 sehingga 31 Oktober 2022 .

Pertanyaan Lanjut

Untuk maklumat lanjut atau pertanyaan lanjut mengenai Permohonan BMT 2022, pemohon boleh tersu hubungi talian 03-42512125 , 03-42512135 atau 03-42512023.

Soalan Lazim

Bilakah tarikh tutup permohonan BMT 2022 ?

Berapakah kadar bantuan yang akan diterima oleh pemohon ?

RM600 ( dibuat secara 2 peringkat pada bulan November dan Disember 2022).

Bilakah tarikh untuk permohonan rayuan ?

Permohonan rayuan boleh dibuat pada 16 September hingga 31 Oktober 2022.

Leave a Comment