Permohonan BISTARI 2022. Bayi yang dilahirkan di Negeri Sabah kini boleh memperoleh tabungan dalam akaun Skim Simpanan Pendidikan Nasional (SSPN) menerusi Bantuan Ihsan Tabungan Pendidikan Negeri (BISTARI).
Inisiatif bantuan ini adalah sebagai komitmen kerajaan negeri terhadap pembangunan modal insan dan menggalakkan ibu bapa menabung bagi tujuan pendidikan sejak awal kelahiran.
Tarikh Permohonan
Bagi ibu bapa yang berminat untuk mendapatkan bantuan ini, ibu bapa boleh membuat permohonan yang dibuka pada 1 Januari 2022 sehingga 31 Disember 2022.
Jumlah Tabungan
Jumlah tabunga yang akan diberikan atau dimasukkan terus ke dalam akaun SSPN bayi yang terlibat adalah sebanyak RM100.
Syarat Kelayakan
Syarat kelayakan yang perlu dipenuhi oleh setiap pemohon yang memohon bantuan ini adalah :
- Simpanan sebanyak 100.00 akan dibuka atas nama bayi dalam akaun SSPN.
- Bayi tersebut berstatus warganegara Malaysia yang lahir pada tahun 2022 dan ibu/bapa/penjaga yang berasal dari Sabah.
- Simpanan boleh dikeluarkan apabila penerima manfaat berusia 18 tahun.
Cara Mohon Permohonan BISTARI 2022
Terdapat 2 cara permohonan yang boleh dibuat oleh ibu bapa untuk memohon bantuan ini iaitu :
i.) Atas Talian
- Layari pautan permohonan berikut = https://cutt.ly/OnlineBISTARI
- Lengkapkan borang permohonan online tersebut.
- Muat naik dokumen yang diperlukan.
- Pastikan semua maklumat yang diisi adalah lengkap.
- Klik butang “Submit” untuk menghantar permohonan.
ii.) Borang Permohonan
- Muat turun borang permohonan di pautan berikut = https://cutt.ly/BorangBistari%C2%A0
- Isi borang permohonan tersebut dengan lengkap.
- Sediakan dokumen yang diperlukan.
- Hantar borang permohonan beserta dokumen yang diperlukan ke alamat :
Pejabat Menteri Tugas-Tugas Khas
Blok A, Tingkat 29, Menara Kinabalu
Jalan UMS, Teluk Likas
88400 Kota Kinabalu, Sabah.
Dokumen yang Diperlukan
Dokumen yang diperlukan untuk dimuat naik semasa membuat Permohonan BISTARI 2022 adalah :
- Sijil lahir bayi
- Kad pengenalan ibu bapa
Maklumat Lanjut
Untuk sebarang pertanyaan dan maklumat lenjut mengenai Permohonan BISTARI 2022, pemohon boleh terus layari FB Pejabat Menteri Tugas-Tugas Khas atau menghubungi 088-369872/ 012-8662419 atau menghubungi pegawai PTPTN>
Soalan Lazim
Berapakah jumlah tabungan bantuan yang akan diberikan ?
RM100
Bilakah tarikh permohonan ini ?
Mulai dibuka pada 1 Januari 2022 dan akan ditutup pada 31 Disember 2022.