Permohonan Biasiswa Perguruan Persekutuan 2022. Biasiswa Perguruan Persekutuan Program Ijazah Sarjana Muda (ISMP) merupakan biasiswa yang ditawarkan kepada pelajar-pelajar yang sedang mengikuti pengajian pendidikan di tahun yang pertama atau tahun yang kedua di Universiti Amaw (UA) dalam bidang yang telah ditetapkan.
Bagi pemohon yang berminat , permohonan boleh dibuat secara atas talian.
Tarikh Permohonan Biasiswa Perguruan Persekutuan 2022
Tarikh bagi permohonan adalah :
- Tarikh buka permohonan : 25 Mac 2022 (Jumaat) pada jam 5.00 petang
- Tarikh tutup permohonan : 22 April 2022 (Jumaat) pada jam 5.00 petang
Senarai Universiti
Senarai Universiti Awam yang terlibat dalam biasiswa perguruan ini adalah seperti berikut :
- Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM)
- Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM)
- Universiti Malaya (UM)
- Universiti Malaysia sabah (UMS)
- Universiti Putra Malaysia (UPM)
- Universiti Sains Malaysia (USM)
- Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI)
- Universiti Teknologi Mara (UITM)
- Universiti Teknologi Malaysia (UTM)
- Universiti Sains Islam Malaysia (USIM)
- Universiti Utara Malaysia (UUM)
- Universiti Hussein Onn Malaysia (UTHM)
Bidang Pendidikan Layak Untuk Memohon
- Bahasa Melayu
- Bahasa Inggeris
- Bahasa Cina
- Bahasa Tamil
- Pendidikan Islam
- Pendidikan Moral
- Pendidikan Jasmani dan Kesihatan
- Pendidikan Seni Visual
- Pendidikan Khas
- Dini
- Matematik
- Sejarah
- Geografi
- Reka Bentuk dan Teknologi
- Bimbingan dan Kaunseling
- Teknologi Elektrik dan Elektronik
- Teknologi Automotive
Syarat Permohonan Biasiswa Perguruan Persekutuan 2022
Antara syarat yang perlu dipenuhi untuk memohon permohonan ini adalah :
- Warganegara Malaysia.
- Umur tidak melebihi 25 tahun.
- Memiliki Sijil Penuh bagi Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) ( Kepujian dalam bahasa Melayu dan Ujian lisan pada peringkat SPM atau kelulusan diiktiraf kerajaan).
- Pemohon yang mengikuti pengajian pertama atau tahun kedua.
- mendapat PNGK 3.50 dan ketas bagi keputusan semester terkini.
- Hanya pemohon yang memilih berdasarkan bidang kursus major sahaja yang akan ditawarkan biasiswa.
- Untuk pemohon Bidang Bahasa Inggeris, pemohon perlu mendapat kelayakan minimum – Band 5 bagi keputusan Malaysian University English Test (MUET).
- Bagi pemohon Bidang Dini dan Bidang Tahfiz, perlu mahir dalam berkomunikasi dalam Bahasa Arab dan Wajib mengemukakan dokumen berkaitan seperti – Salinan Sijil Tinggi Agama Malaysia *(STAM) / Sijil menengah Agama (SMA) / Sijil Menengah Ugama (SMU) atau mana-mana dokuman yang boleh menyokong kemahiran bahasa tersebut.
- Bagi pemohon yang mengambil jurusan teknikal dan vokasional, pemohon boleh mengemukakan dokumen berkaitan seperti salinan Sijil Kemahiran Malaysia (SKM) atau Diploma dalam bidang TVET (sekiranya ada).
- Pemohon yang berkelayakan dan memenuhi syarat sahaja yang akan dipanggil untuk menduduki Ujian kelayakan Calon Guru (e-UKCG) secara dalam talian dan penilaian vedio pembentangan oleh panel yang dilantik.
- Pemohon yang berjaya ditawarkan biasiswa ini perlu melepaskan tajaan yang sedia ada.
- Pegawai Perkhidmatan Pendidikan (PPP) tidak layak memohon.
Cara Mohon Permohonan Biasiswa Perguruan Persekutuan 2022
Permohonan Biasiswa Perguruan Persekutuan 2022 ini boleh dibuat menerusi pautan = https://epenawaran.moe.gov.my/ijazah1/login.cfm?fbclid=IwAR3GqN-IvqwQuiABGEPkplArZ_8XbymJX6E_i_Vc3AUFypaPD9fbvZCLVpM ( selepas tarikh permohonan dibuka).
Maklumat Lanjut
Untuk sebarang pertanyaan dan maklumat lanjut mengenai Biasiswa Perguruan Persekutuan 2022, sila hubungi Bahagian Tajaan Pendidikan KPMdi talian 03-8321 7154 / 7113 /7157 atau email ke penawaran.bb@moe.my
Soalan Lazim
Bilakah tarikh buka dan tutup permohonan biasiswa ini ?
Permohonan mula dibuka pada 25 Mac 2022 (jumaat) pada jam 5.00 petang sehingga 22 April 2022 (jumaat) pada jam 5.00 petang.
Bagaimanakah cara untuk mohon permohonan biasiswa ini ?
Sila semak artikel tersebut untuk cara mohon permohonan.