Permohonan Bantuan Zakat UNITEN : Pelajar Muslim Semester Khas 2021/2022

Permohonan Bantuan Zakat UNITEN. Tabung Amanah Zakat UNITEN (TAZU) telah menyediakan Bantuan Zakat Pelajar Semester Khas untuk Pelajar Universiti Tenaga Nasional (UNITEN) bagi mereka yang layak berpeluang mendapatkannya.

Bantuan Zakat Pelajar Semester Khas ini adalah bantuan zakat yang diberikan kepada pelajar muslim yang memerlukan di universiti terbabit.

Permohonan Bantuan Zakat UNITEN

Tarikh Permohonan

Pelajar yang memerlukan bantuan ini boleh membuat permohonan bermula 23 Mei 2022 sehingga 17 Jun 2022.

Peringkat Pengajian

Peringkat pengajian yang layak untuk memohon adalah :

  • Asasi
  • Diploma
  • Ijazah Sarjana Muda
  • Ijazah Sarjana

untuk makluman, pelajar yang mengalami finance blocking bagi masalah-masalah tertenu juga boleh membuat permohonan.

Syarat Permohonan Bantuan Zakat UNITEN

Pemohon yang ingin membuat permohonan haruslah memenuhi syarat-syarat yang telah ditetapkan dalam permohonan seperti :

  • Warganegara Malaysia.
  • Muslim.
  • Pelajar UNITEN sepenuh masa dan berdaftar (status aktif) pada semester semasa.
  • Tiada rekod masalah disiplin/rekod jenayah.
  • Mendapat bantuan pendidikan/pinjaman pendidikan (bukan biasiswa).
  • Melengkapkan proses permohonan.
  • Hadir temuduga yang ditetapkan.

Cara Mohon Permohonan Bantuan Zakat UNITEN

Permohonan Bantuan Zakat UNITEN ini boleh dilakukan menerusi tatacara seperti berikut :

  1. Layari laman web rasmi TAZU iaitu = https://amanahuniten.my/
  2. Pergi ke bahagian “Khidmat Online” dan klik “Daftar Akaun”.
  3. Isi maklumat akaun dan klik butang “Daftar”.
  4. Log masuk dengan memasukkan no kad pengenalan dan kata laluan.
  5. Ikuti arahan seterusnya dan buat permohonan sehingga selesai.

Maklumat Lanjut

Untuk sebarang pertanyan dan maklumat lanjut mengenai Permohonan Bantuan Zakat UNITEN, pemohon boleh hubungi :

  1. Puan Majdah Binti Sulaiman – 03-8921 2033 (majdah@uniten.edu.my)
  2. Cik Siti Mawahidah Binti Zainol – 03-8921 2020/1325 (Mawahidah@uniten.edumy)

Soalan Lazim

Bilakah tarikh permohonan bantuan ini ?

Bermula pada 23 Mei 2022 sehingga 17 Jun 2022.

Bolehkah pelajar non muslim membuat permohonan ini ?

Di syaratkan bagi pelajar muslim sahaja.

Leave a Comment