Permohonan Bantuan Kewangan 2022 Kepada Pengusaha Pelancongan

Permohonan Bantuan Kewangan 2022 . Untuk makluman, menerusi Belanjawan 2022 kerajaan telah mengumumkan bantuan khas kepada 20 ribu pengusaha pelancongan yang berdaftar di bawah MOTAC dengan peruntukan sebanyak RM85 juta.

Bantuan kewangan ini diwujudkan bagi membantu sektor pelancongan yang merupakan antara segmen yang sangat terjejas dalam tempoh pandemik COVID-19 ini.

Tarikh Permohonan Bantuan Kewangan 2022

Permohonan bantuan kewangan yang diberikan kepada pengusaha pelancongan ini mula dibuka pada 1 Mac sehingga 15 Mac 2022.

Jumlah Bantuan Kewangan

Jumlah bantuan kewangan yang akan diberikan kepada pengusaha pelancongan yang terlibat adalah seperti berikut :

  1. Syarikat TOBTAB dan MM2H : RM9,000
  2. SPA dan PUK : RM3,000
  3. Pemandun Pelancongan : RM1,500
  4. Pengusaha Homestay : RM1,800

Bayaran-bayaran ini akan dilaksanakan sebanyak 2 kali mulai bulan Mac dan Mei 2022.

Cara Memohon Permohonan Bantuan Kewangan 2022

Pengusaha pelancongan yang berminat boleh membuat permohonan menerusi laman web rasmi = https://www.motac.gov.my/

Pengusaha Pelancongan Terlibat

Pengusaha pelancongan yang terlibat dalam bantuan yang akan diberikan ini adalah seperti berikut :

  • Sayrikat pengendalian pelancongan (TOBTAB)
  • Syarikat Malaysia Mysecond Home (MM2H)
  • Pemandu Pelancongan
  • Pengusaha Spa
  • Pusat urutan kaki (PUK)
  • Pengusaha Homestay

Pertanyaan & Maklumat Lanjut

Bagi pertanyaan mengenai bantuan kewangan pengusaha pelancongan ini boleh dirujuk ke pejabat MOTAC di setiap negeri.

Maklumat pejabat MOTAC boleh dirujuk melalui pautan ini = https://www.motac.gov.my/hubungi/pejabat-negeri

Permohonan Bantuan Kewangan 2022

Soalan Lazim

Bilakah tarikh tutup permohonan ini ?

15 Mac 2022.

Bagaimanakah cara untuk memohon bantuan ini ?

Anda boleh terus layari laman web rasmi seperti yang dikongsikan dalam artikel ini.

Leave a Comment