Permohonan ANIS 2022. Program bantuan Anak IIstimewa Selangor atau singkatan ANIS telah dilaksanakan bermula tahun 2019 lagi.
Bantuan khas ini dibuka kepada semua pemohon yang mempunyai tanggungan anak OKU dengan tujuan untuk mengurangkan bebanan kos perbelanjaan dalam menguruskan anak-anak OKU.
Tarikh Permohonan ANIS 2022
Permohonan mula dibuka pada 17 Mei 2022 sehingga 31 Mei 2022.
Objektif Utama Bantuan ANIS
- Membantu meringankan tanggungan kos terapi, pemulihan, pendidikan dan sara hidup.
- Membantu mengurangkan beban ibu bapa / penjaga anak-anak OKU yang ingin membeli peralatan khas / mesin bagi tujuan pemulihan anak-anak OKU.
Bantuan Yang Diberikan
YAWAS mempelawa pemohon yang berkelayakan untuk memohon bantuan ANIS bagi mendapatkan manfaat secara one-off dengan jumlah sehingga RM5,000 setahun bagi satu keluarga.
Anatar jenis bantuan yang akan diberikana ialah :
- Makanan / keperluan tambahan
- Pembelian / Pembaikan peralatan / mesin
- Ubat-ubtan
- Pendidikan ( Terapi / Kelas Khas untuk anak OKU) berdasarkan preskripsi doktor sahaja.
Syarat & Kelayakan Pemohon
- Warganegara Malaysia.
- Ibu/bapa/penjaga salah seorang Pengundi Selangor.
- Ibu/bapa/penjaga yang mempunyai anak OKU berumur 18 tahun ke bawah.
- Ibu/bapa/penjaa lahir di negeri Selangor dan sedang menetap di Selangor.
- Anak OKU mempunyai Kad OKU yang dikeluarkan oleh JKM.
- Surat Pengesahan Doktor (Jika tiada Kad OKU).
*Nota – Sekiranya penjaga merupakan ibubapa angkat maka pengangkatan hendaklah sah dan berdaftar di bawah Akta Pendafataran Pengangkatan (JPN) dan Akta Pengangkatan 1973.
Cara Permohonan ANIS 2022
- Pemohon hendaklah membuat permohonan diatas talian di laman sesawang = https://www.anisselangor.com/bantuananis
- Pemohon diminta isi borang permohonan dan lampirkan bersama dokumen sokongan seperti yang dinyatakan.
- Penghantaran dokumen yang tidak lengkap akan menyebabkan permohonan tidak akan diproses.
- Borang Permohonan dan dokumen boleh di hantar di alamat seperti :
PEJABAT YAWAS,
Aras 5 Kompleks Belia & Kebudayaan Negeri Selangor,
40000 Shah Alam, Selangor. - Borang dan dokumen sokongan hendaklah dihantar mulai 17 Mei 2022 hingga 31 Mei 2022 Jam 4.00 petang.
- Jika gagal menghantarnya sebarang rayuan tidak akan dilayan.
- Sebarang pertanyaa sila hubungi 03-55453170.
Dokumen Yang Diperlukan
Dokumen yang diperlukan semsa membuat permohonan ANIS 2022 adalah :
- Salinan Kad Pengenalan pemohon.
- Salinan Kad Pengenalan pasangan.
- Salinan Sijil Daftar / Kad Nikah Ibu Bapa Anak OKU.
- Salinan Surat Perakaunan Anak Angkat (jika berkenaan).
- Salinan Kad Pengenalan OKU.
- Salinan Kad OKU dari JKM, atau surat pengesahan doktor berkaitan dengan masalah anak. (jika tiada kad OKU).
- Cop pengesahan Mastautin yang disahkan pada borang permohonan.
- Salinan preskripsi doktor dengan spesifikasi khusus (Tertakluk bagi makanan, keperluan khusus, pembelian peralatan / mesin dan ubat-ubatan yang disarankan oleh doktor).
- Salinan surat tawaran pusat pembelajaran, sebut harga yuran pembelajaran, dan penyata bank pusat pembelajaran. (Tertakluk bagi kategori pendidikan khas / sesi terapi untuk anak OKU).
- Salinan Semakan daftar Pemilih SPR =
Maklumat Lanjut
Untuk maklumat lanjut mengenai Permohonan ANIS 2022, pemohon boleh rujuk di salunan tersebut :
- Telefon : 03-55453170
- E-mel : jabatananis@yawas.my
- Laman web : https://www.anisselangor.com/bantuananis
- Pertanyaan : https://www.anisselangor.com/contactus
Soalan Lazim
Bilakah seharusnya borang permohonan dihantar ?
Mulai 17 Mei 2022 hingga 31 Mei 2022 jam 4.00 petang.
Bolehkah membuat rayuan sekiranya borang permohonan gagal dihantar ?
Sebarang rayuan tidak akan dilayan.