PERKASA TVET 2022 : Pembiayaan Latihan Jangka Pendek

PERKASA TVET 2022

PERKASA TVET 2022. PERKASA TVET adalah satu inisiatif yang diumumkan melalui Belanjawan 2022 khusus untuk membantu mereka yang ingin menguasai kemahiran baru atau peningkatan kemahiran yang diperlukan oleh industri dalam pengeluaran pekerja berkemahiran tinggi menerusi lahitan jangka pendek.

Pembiayaan ini juga disediakan khusus kepada lepasan sekolah / belia / pekerja yang ingin mengikuti Program Latihan Kemahiran sama ada di peringkat Sijil Kemahiran Malaysia (SKM), Diploma Kemahiran Malaysia (DKM), atau Diploma Latihan Kemahiran Malaysia (DLKM) di pusat-pusat latihan awam dan swasta yang berdaftar dengan Perbadanan Tabung Pembangunan Kemahiran (PTPK).

Bagi mereka yang berminat untuk menguasai kemahiran baru atau ingin meningkatkan kemahiran, mereka boleh menyertai program latihan ini iaitu latihan jangka pendek selama 6 bulan menerusi Dana Skim Pembiayaan Perkasa TVET (PERKASA TVET).

*Nota : Permohonan ini dibuka sehingga 30 Jun 2022 berdasarkan prinsip first come first serve atau sehingga dana ini telah digunakan sepenuhnya.

Jangka Masa Program

Program ini adalah program latihan kemahiran jangka pendek iaitu kurang daripada 6 bulan termasuk secara program penuh atau modular atau juga Pengiktirafan Pencapaian Terdahulu (PPT atau bergantung kepada permintaan majikan/industri di bawah Persijilan Kemahiran Malaysia (PKM), Jabatan Pembangunan Kemahiran (JPK), Penyelia Latihan Awam (PLA) / Penyelia Latihan Swasta (PLS) digalakkan menawarkan kursus latihan secara “value added” bagi meningkatkan kebolehan pekerjaan pelatih.

Pelatih ini akan diberikan penempatan pekerjaan / peningkatan kerjaya terlebih dahulu oleh majikan dan mejalani latihan di PLA/PLS berdasarkan kepada konsep Place And Train.

Syarat Permohonan PERKASA TVET 2022

Syarat permohonan bagi individu yang berminat mendapatkan pembiayaan ini adalah seperti berikut

  • Terbuka kepada semua warganegara Malaysia.
  • Berumur 15 hingga 45 tahun pada tahun permohonan .
  • Mengikut program latihan yang diluluskan oleh PTPK.
  • Mana-mana orang yang memerlukan pekerjaan beserta latihan melalui konsep place and train.
  • Tiada bantuan kewangan daripada agensi lain.

Cara Mohon PERKASA TVET 2022

Individu yang ingin membuat permohonan perlu memohon menerusi langkah-langkah berikut:

  1. Layari pautan permohonan = https://docs.google.com/forms/d/e/1FAIpQLSf3epmfJ0eLBbS5dYTRDuSWYSvqfxEK63e3WhmNBIGOYwJOVQ/viewform?fbzx=-7153001926214977385
  2. Klik butang “Next”.
  3. Isi maklumat yang diperlukan dan klik butang “Next” dalam setiap paparan.
  4. Klik butang “Submit”
  5. Hantar dokumen yang diperlukan melalui email perkasatvet@ptpk.gov.my atau secara pos ke alamat :

    Urusetia PERKASA TVET 1.0,
    Perbadanan Tabung Pembangunan Kemahiran (PTPK),
    Aras 18, Menara Dato’ Onn, Pusat Dagangan Dunia Putra (WTCKL),
    Jalan Tun Ismail,
    59480 Kuala Lumpur.

Maklumat Lanjut

Untuk sebarang pertanyaan dan maklumat lanjut mengenai PERKASA TVET 2022, sila hubungi 0132297107 (En Zamir) dan 03-40476188 (Pn Syaidatul).

Leave a Comment