Pendaftaran Prasekolah Sesi 2024/2025 (ePrasekolah)

Bagi ibubapa yang mempunyai anak yang berusia 4 dan 5 tahun yang ingin mendaftarkan anak mereka ke Prasekolah di bawah Kementerian Pendidikan Malaysia pada tahun 2024/2025 boleh daftar secara online melalui sistem ePrasekolah KPM.

Tarikh permohonan kemasukan dan pendaftaran prasekolah Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) sesi 2024 / 2025 secara dalam talian boleh dibuat bermula dari 1 Mac 2023 sehingga 30 April 2023.

Pendaftaran Prasekolah sesi 2024/2025

Syarat Kelayakan Permohonan Prasekolah KPM 2024

  • Kanak-kanak warganegara Malaysia sahaja
  • Kanak-kanak yang lahir pada 2 Januari 2018 hingga 15 Januari 2020 sahaja yang layak untuk memohon.

Cara Mendaftar

Untuk mendaftar ke Prasekolah KPM, terdapat dua cara yang boleh anda pilih.

1.  Dalam Talian (online)

  • Permohonan secara dalam talian boleh dibuat mulai dari 1 Mac hingga 30 April tahun sebelumnya
  • Permohonan ini boleh dibuat melalui laman sesawang http://eprasekolah.moe.gov.my
  • Selepas mengemukakan permohonan secara dalam talian, ibu bapa/penjaga perlu mencetak borang permohonan tersebut.
  • Borang ini perlu dihantar ke sekolah yang dimohon beserta dokumen-dokumen berkaitan. Borang dan dokumen tersebut perlu dikemukakan kepada pihak sekolah/institusi selewat-lewatnya pada 31 Mei.**
  • Sebagai panduan, manual pengguna boleh dimuat turun dari laman sesawang ePrasekolah.

2. Manual

  • Permohonan secara manual dibuka bermula dari 1 Mac hingga 31 Mei tahun sebelumnya.
  • Ibu bapa/penjaga boleh mengambil borang permohonan di sekolah yang ingin dipohon. 
  • Untuk permohonan kemasukan, pihak sekolah/institusi perlu mencetak borang permohonan dari laman sesawang Sistem Maklumat Prasekolah Kebangsaan (SMPK).
  • Borang permohonan yang lengkap dengan dokumen-dokumen berkaitan perlu dihantar ke sekolah yang dimohon.

Manual Pengguna Untuk Pendaftaran Secara Dalam Talian (e-Prasekolah)

Membuat Pendaftaran Pengguna

  1. Buka laman https://eprasekolah.moe.gov.my/ 
  2. Klik butang ‘Daftar Pengguna’.
  3. Lengkapkan maklumat yang diperlukan dan klik butang ‘Daftar’.
  4. Untuk log masuk, sila masukkan nombor kad pengenalan dan kata laluan yang telah didaftarkan, kemudian klik butang “Log Masuk”.
  5. Klik bahagian ‘Permohonan’.
  6. Lengkapkan semua maklumat dan klik butang ‘Langkah 2’ atau seterusnya sehingga tamat.
  7. Klik kotak untuk pengesahan dan klik butang ‘Hantar Permohonan’ untuk menghantar permohonan.
  8. Pendaftaran Pengguna Selesai akan dipaparkan. Anda sudah boleh login untuk meneruskan urusan anda.

Semak status Permohonan Prasekolah KPM

Anda boleh menyemak keputusan permohonan anda bermula pada tarikh (akan dikemaskini). Semakan ini boleh dilakukan melalui dua cara iaitu:

  1. Dalam talian – Melalui laman web https://eprasekolah.moe.gov.my/ 
  2. Manual – semakan boleh dibuat melalui sekolah yang dipohon.

Bagi permohonan yang tidak berjaya, ibubapa boleh membuat rayuan secara online melalui portal yang sama.

Rayuan Permohonan

  • Dalam tempoh dua minggu selepas keputusan diumumkan, ibu bapa/ penjaga boleh mengemukakan rayuan melalui laman web https://eprasekolah.moe.gov.my/ 
  • Bagi ibu bapa yang mengemukakan permohonan secara manual, rayuan boleh dikemukakan sama ada di sekolah yang dimohon atau pejabat pendidikan daerah (PDD) / jabatan pendidikan negeri (JPN) bagi negeri yang tiada PPD.
  • Untuk rayuan yang dihantar secara manual, semakan keputusan boleh dilakukan di tempat di mana rayuan tersebut dihantar. Ibu bapa/penjaga akan diberitahu oleh pihak sekolah berkenaan jika rayuan mereka berjaya. Bagi permohonan secara dalam talian, keputusan rayuan boleh disemak mulai dari (akan dikemaskini)

Leave a Comment