Pembaharuan Pasport Malaysia

Bagi mereka yang ingin memperbaharui pasport Malaysia, anda boleh melakukannya dengan mudah secara atas talian melalui MyOnline passport. Ini penting kerana sebelum anda pergi ke luar negara, anda perlu memastikan pasport anda masih sah selama sekurang-kurangnya 6 bulan dari tarikh anda kembali.

Oleh itu, di sini kami akan kongsikan bagaimanakah cara untuk membuat pembaharuan pasport dengan mudah yang boleh anda jadikan panduan dan rujukan.

Apa Itu MyOnline Passport ?

MyOnline Passport adalah cara mudah bagi warganegara Malaysia untuk memohon pembaharuan Pasport Malaysia secara atas talian melalui internet. Anda boleh membuat pembayaran menggunakan kad kredit atau debit secara langsung (FPX).

Cara Memperbaharui Passport Secara Online

Untuk membuat pembaharuan pasport secara atas talian, berikut adalah langkah-langkahnya :

  1. Bukan laman web MyOnline Passport
  2. Sila baca Terma dan Syarat permohonan
  3. Klik pada butang setuju sekiranya anda bersetuju dengan Terma dan Syarat.
  4. Isi maklumat yang diperlukan
  5. Masukkan No Pasport, No Kad Pengenalan, Jenis Pasport, Kategori KP dan pilihan pejabat pungutan.
  6. Kemudian, sila muat naik gambar bersaiz pasport anda
  7. Seterusnya, klik pada butang “Teruskan” untuk membuat pembayaran menggunakan kad kredit dan kad debit (FPX)
  8. Setelah semua proses selesai, anda akan menerima maklumat mengenai transaksi anda termasuk status permohonan, nombor resit, cawangan untuk pengambilan, tarikh pengambilan, dan masa pengambilan.
  9. Sila bawa bersama-sama resit, kad pengenalan dan pasport asal.

Kadar Harga Pembaharuan Pasport

Berikut adalah kadar harga yang dikenakan untuk membuat pembaharuan pasport.

PEMOHONHARGA / BAYARAN
Permohonan Biasa 13 tahun hingga 59 tahunRM200
Warga Emas (60 Tahun Ke Atas)RM100
Kanak Kanak (12 Tahun Dan Ke Bawah)RM100
Pelajar Mengikuti Program Ijazah Di Luar Negara Di Bawah 21 TahunRM100
Jemaah HajiRM100
Orang Kurang Upaya (OKU)Percuma

Tempoh Pengeluaran Pasport

Pemohon boleh memilih untuk mengambil pasport di pejabat pengeluar pasport yang disenaraikan dalam sistem. Tarikh dan masa pengambilan pasport akan ditentukan oleh sistem berdasarkan hari dan masa permohonan dibuat.

Leave a Comment