PAJSK : Login Pentaksiran Aktiviti Jasmani, Sukan & Kokurikulum

pajsk

Pentaksiran Aktiviti Jasmani, Sukan & Kokurikulum ( PAJSK ) merupakan satu sistem yang mana merekod aktiviti pelajar dari segi sukan dan kokurikulum.

Sistem ini dapat memudahkan untuk diakses oleh pihak berkepentingan kerana sistem ini adalah secara atas talian “online”.

Sistem ini juga dibuat secara online bagi memudahkan lagi para guru untuk ‘key in’ data dengan pastas dan lebih efisien berbanding dengan menggunakan kaedah manual seperti sebelum ini.

Cara Login PAJSK

Untuk login ke Sistem Pentaksiran Aktiviti Jasmani Sukan & Kokurilum ini bagi membuat semakan markah kokurikulum atau mengemaskini data baru anda hanya perlu Ikuti langkah-langkah dibawah :

pajsk
  1. Pastikan anda login ke laman web yang rasmi seperti link ini = https://pajsk.moe.gov.my/index.php
  2. Selepas anda ke laman web pentaksiran ini sila pilih sama ada pentaksiran rendah atau menengah kemudian tekan butang mengikut yang tersenarai.
  3. Masukkan ID Kod sekolah dan Password
  4. Password untuk login kali pertama ialah 123456
pajsk

Komponen Utama Yang Di Taksir Di Dalam PAJSK

Komponen PAJSK ini dibahagikan kepada tiga komponen utama iaitu :

  1. Standard Kecergasan Fizikal Kebannsaan ( SEGAK ) & BMI
  2. Kokurikulum yang merangkumi :
    a) Kelab persatuan
    b) Unit Beruniform
    c) Sukan dan Permainan
  3. Ekstra Kokurikulum

SEGAK & BMI

SEGAK merupakan salah satu set ujian Standard Kecergasan Fizikal untuk mengukur tahap kecergasan fizikal murid berasaskan kesihatan.

Antara komponen yang diukur di dalam segak adalah :

  1. Daya Tahan Kardiovaskular ( Naik Turun Bangku )
  2. Fleksibiliti ( Jangkauan Meluncur )
  3. Daya Tahan kekuatan Otot ( Rengkuk Tubi Separa )
  4. Daya Tahan Kekuatan Otot ( Tekan Tubi )

Selain itu, pelaksanaan Body Mass Index ( BMI ) turut dijalankan bagi merekodkan ketinggian dan berat badan individu.

Hasil dari BMI yang dijalankan, guru akan mengetahui sama ada murid tersebut kurang berat badan, berat badan normal atau terlebih berat badan.

Kokurikulum

Pentaksiran sukan dan kokurikulum adalah untuk mengukur aktiviti sukan dan kokurikulum murid seperti yang ditetapkan oleh KPM.

Ini bertujuan untuk membangunkan modal insan dalam usaha memupuk nilai, sahsiah serta jati diri seseorang murid.

Ekstra Kokurikulum

Ekstra kokurikulum pula merujuk kepada penglibatan secara sukarela sama ada di salam sekolah mahupun di luar sekolah.

Penglibatan secara sukarela ini tidak hanya terhad di dalam negara bahkan juga di luar negara.

Aduan Atau Pertanyaan

sebarang aduan atau pertanyaan mengenai sistem PAJSK ini boleh dihantar melalui emel ke aduan pajsk@moe.gov.my.

Soalan Lazim

Bagaimanakah cara login PAJSK ?

Anda boleh ikuti langkah yang telah disediakan dalam artikel.

Apakah maksud SEGAK ?

SEGAK merupakan salah satu set Ujian Standard Kecergasan Fizikal untuk mengukur tahap kecergasan fizikal murid berasaskan kesihatan.

Apakah kelebihan Pentaksiran ?

Melalui Pentaksiran ini, pihak sekolah akan dapat lebih mengetahui dengan lebih mendalam prestasi aktiviti jasmani, sukan dan kokurikulum murid semasa mereka berada di sekolah rendah atau menengah.
Selain itu juga pentaksiran ini dapat memberikan gambaran dan maklumat ibu bpa mengenai prestasi anak-anak mereka.

Apakah Komponen utama dalam PASJK ?

Koponen utama dalam PSJK terbahagi kepada 3 komponen iaitu :
Standard Kecergasan Fizikal Kebannsaan ( SEGAK ) & BMI .
Kokurikulum yang merangkumi.
Ekstra Kokurikulum

Leave a Comment