MyTax 2022 Online . Seperti yang kita sedia maklum, Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN) dalam satu kenyataan berkata individu dan pengarah syarikat yang tidak menjelaskan cukai pendapatan, cukai keuntungan harta tanah dan cukai syarikat boleh dikenakan tindakan sekatan perjalanan ke luar negara.
Oleh itu, pembayar cukai disarankan membuat semakan status sekatan perjalanan terlebih dahulu sebelum merancang ke luar neagara bagi sebarang tujuan melalui Portal MyTax.
Apakah MyTax LHDNM ?
Portal ini berfungsi sebagai portal maklumat sehenti bagi kegunaan pembayar cukai yang sudah mempunyai ID dan Kata Laluan e-Filing.
Berikut adalah perkara yang boleh kita semak sendiri di portal MyTax / MyTax 2022 Online :
- Baki cukai terkini, sama ada terdapat tunggakan cukai atau lebihan kredit.
- Tarikh lebihan kredit tahun sebelum dibayar balik kepada kita.
- Senarai PCB yang majikan potong dari gaji kita ( semakan terhad untuk tahun semasa dan tahun sebelumnya ).
- Ringkasan lejar cukai pendapatan untuk 10 tahun terkini.
- Perincian lejer cukai pendapatan tempoh 5 tahun terkini.
- Senarai ansuran CP500.
- Rekod SPC.
Selain itu, portal ini (MyTax 2022 Online) juga menyediakan pautan terus ke lain-lain perkhidmatan seperti ByrHasil ( baca Bayar Hasil ), e-Filing, e-Kemaskini dan bebearapa “e” lagi.
Cara Semakan Status Tunggakan Cukai LHDN Di Portal MyTax 2022 Online
Jika anda pernah berdaftar dan mempunyai nombor pin, anda hanya perlu log masuk ke pautan berikut dengan mengisikan nombor kad pengenalan = https://mytax.hasil.gov.my/
Bagi yang belum berdaftar pula, klik pada Log Masuk Kali Pertama.
Kemudian sila masukkan No. PIN dan No. Rujukan (No. Pengenalan) dan klik Hantar.
Pembayar cukai yang berdaftar dengan LHDNM boleh mendapatkan / menyemak No. Pin untuk akses ke MyTax 2022 online melalui kaedah berikut :
- Melalui cawangan LHDNM yang berdekatan.
- Permohonan secara dalam talian melalui pautan.
Semakan Sekatan Perjalanan Imigresen
Selain semakan LHDN, semakan sekatan perjalanan juga boleh dibuat di laman web jabatan Imigresen malaysia.
Pembayar cukai boleh menyemak status senarai hitam dan sekatan perjalanan di laman web Jabatan imigresen ( Sistem Aplikasi Elektronik Jabatan Imigresen Malaysia ) di = https://sspi.imi.gov.my/sspi/
Masukkan nombor kad pengenalan untuk membuat semakan. Selepas itu, tekan butang “Semak” dan keputusan akan dipaparkan serta-merta.
Maklumat Lanjut
Untuk maklumat lanjut, sila layari portal rasmi LHDNM melalui perkhidmatan ezHasil dan pautan pantas bagi info lanjut.
- Sekatan perjalanan = https://sspi.imi.gov.my/sspi/
- Baki Cukai = https://mytax.hasil.gov.my/
- Bayaran Cukai = https://mytax.hasil.gov.my/;
- Maklum Balas = https://maklumbalaspelanggan.hasil.gov.my/MaklumBalas/ms-MY/
Soalan Lazim
Apakah itu MyTax LHDNM ?
Berfungsi sebagai portal maklumat sehenti untuk kegunaan pembayar cukai yang sudah mempunyai ID dan Kata Laluan e-Filing.
Dimanakah hendak mendapat atau menyemak No. Pin ?
Boleh didapatkan dan menyemak No. Pin bagi diakses ke MyTax melalui :
1. Melalui cawangan LHDNM yang berdekatan.
2. Permohonan secara dalam talian melalui link ini = https://maklumbalaspelanggan.hasil.gov.my/MaklumBalas/ms-MY/