MySTEP 2023 : Peluang Kerjaya Dan Pembangunan

Kerajaan telah memperkenalkan satu inisiatif bernama Malaysia Short-Term Employment Program (MyStep) untuk membantu golongan muda yang ingin mencari pekerjaan. Inisiatif ini bertujuan untuk mengurangkan pengangguran, meningkatkan peluang pekerjaan bagi graduan, dan merangsang pemulihan ekonomi dalam negara.

Bagi tahun 2023, inisiatif MySTEP akan diteruskan dan tempoh perkhidmatannya dalam sektor awam juga akan dilanjutkan sehingga 31 Disember 2023.

Apa Itu MySTEP

Malaysia Short-Term Employment Programme (MySTEP) merupakan inisiatif Kerajaan yang menyediakan peluang pekerjaan jangka pendek (kontrak) di pelbagai Kementerian, Agensi Kerajaan, Syarikat Berkaitan Kerajaan (GLC), Syarikat Pelaburan Berkaitan Kerajaan (GLIC) dan Rakan Strategik.

MySTEP disediakan khusus untuk warganegara Malaysia yang berumur 18 tahun ke atas dari pelbagai latar belakang akademik. Inisiatif ini bertujuan untuk membuka lebih banyak peluang pekerjaan dan memberikan pengalaman kerja kepada mereka dalam usaha Kerajaan meningkatkan kebolehpasaran.

Tempoh Perkhidmatan MySTEP

Tempah perkhidmatan MySTEP ini adalah seperti berikut:

  • Minimum satu (1) bulan dan maksimum dua belas (12) bulan; dan
  • Tempoh kuatkuasa kontrak tidak melangkau 31 Disember 2023 (Bagi Sektor Awam)

Penempatan MySTEP

Program penempatan di bawah MySTEP terdapat dua saluran yang tersedia iaitu:

  1. Penempatan di Sektor Awam
  2. Penempatan di GLC, GLIC dan Rakan Strategik

Syarat Kelayakan MySTEP

Untuk memohon jawatan kosong atau menjadi personel MySTEP, anda perlu memenuhi syarat kelayakan berikut :

Sektor AwamGLC, GLIC dan Rakan Strategik
Warganegara MalaysiaWarganegara Malaysia
18 tahun ke atas18 tahun ke atas
Lepasan Sekolah/Lepasan Sijil Pelajaran Malaysia/Lulusan Diploma/Lulusan Ijazah Sarjana Muda dan KeatasLepasan Sijil Pelajaran Malaysia/Lulusan Diploma/Lulusan Ijazah Sarjana Muda dan Keatas
Bagi golongan Orang Kurang Upaya (OKU), pelantikan adalah tertakluk kepada Kementerian masing-masingBagi golongan Orang Kurang Upaya (OKU), pelantikan adalah tertakluk kepada GLC, GLIC dan Rakan Strategik masing-masing

Kadar Upah / Bayaran MySTEP

Kadar upah yang ditawarkan dalam MySTEP adalah ditentukan berdasarkan jenis tugas dan kompleksiti yang berkaitan dengan kelayakan akademik dengan mengikut prinsip kadar upah yang sesuai untuk setiap jenis pekerjaan.

Jenis/Kompleksiti Tugas Berdasarkan Kesetaraan AkademikKadar Sektor Awam (RM)GLC, GLIC dan Rakan Strategik Saranan Kadar Minimum* (RM)
Ijazah Sarjana Muda setaraf dan ke atas2,1002,100
Setaraf Diploma/Sijil Tinggi Pelajaran Malaysia1,9001,900
Setaraf Sijil Pelajaran Malaysia (SPM)1,7001,700
Tiada Sijil Pelajaran Malaysia1,5001,500

Cara Permohonan MySTEP 2023

Bagi mereka yang berminat untuk memohon, berikut adalah cara-cara untuk membuat permohonan :

  1. Buka Portal Rasmi MySTEP
  2. Isi maklumat yang diperlukan
  3. Pastikan resume anda dimuat naik dalam bentuk PDF.
  4. Klik pada kotak terma dan syarat dan klik Hantar
  5. Jika anda memenuhi syarat kelayakan, syarikat yang anda pohon akan menghubungi anda untuk menghadiri temuduga.

Leave a Comment