MySPP : Semakan Keputusan Temuduga

Sekarang, semakan keputusan temuduga Suruhanjaya Perkhidmatan Pendidikan (SPP) telah dipermudahkan. Jika anda telah menghadiri temuduga Suruhanjaya Perkhidmatan Pelajaran (SPP), anda hanya perlu pergi ke laman sesawang rasmi SPP untuk memeriksa keputusan temuduga anda.

Apa Itu MySPP ?

MySPP ialah satu sistem yang diwujudkan oleh SPP untuk memudahkan permohonan bagi jawatan anggota perkhidmatan pendidikan.

Sistem ini telah dilaksanakan mulai 31 Julai 2020, pemohon untuk jawatan anggota perkhidmatan pendidikan hanya boleh menggunakan sistem mySPP sahaja untuk membuat permohonan.

Untuk makluman, SPP ditubuhkan pada 1 Januari 1974 sebagai badan yang bertanggungjawab terhadap urusan-urusan penting bagi anggota Perkhidmatan Pendidikan. Antara tugas utamanya ialah menguruskan pelantikan, pengesahan dalam perkhidmatan, kemasukan ke dalam jawatan tetap atau jawatan berpencen, kenaikan pangkat, pertukaran pelantikan atau pertukaran tetap perkhidmatan, serta mengawal disiplin dan tatatertib dalam perkhidmatan tersebut.

Untuk pengetahuan, Suruhanjaya Pelajaran Persekutuan (SPP) bertindak sebagai Pihak Berkuasa Melantik dalam perkhidmatan pelajaran dengan menjalankan tugasnya mengikut Perkara 144(1) Perlembagaan Persekutuan iaitu :

  • bertanggungjawab untuk melantik calon ke jawatan tetap, kontrak, atau sementara dalam perkhidmatan pelajaran.
  • Mengesahkan dalam perkhidmatan anggota yang dilantik tetap.
  • bertanggungjawab untuk meluluskan pemberian taraf berpencen kepada anggota yang telah dilantik secara tetap dan disahkan dalam perkhidmatan.
  • Kawalan kenaikan pangkat dalam perkhidmatan pelajaran melalui Lembaga Rayuan Kenaikan Pangkat.
  • Meluluskan pertukaran pelantikan atau pertukaran perkhidmatan.
  • Berperanan sebagai Pihak Berkuasa Tatatertib dan Lembaga Rayuan Tatatertib perkhidmatan pelajaran.

Cara Semak Keputusan Temuduga SPP

Berikut adalah langkah-langkah mudah untuk menyemak keputusan temuduga SPP anda.

  1. Sila layari laman web https://semakan.spp.gov.my/
  2. Masukkan nombor kad pengenalan anda
  3. Klik hantar
  4. Selesai, calon boleh mengetahui keputusan temuduga yang dihadiri.

Langkah ini adalah bertujuan untuk memudahkan calon dan mempercepat proses mendapatkan maklumat keputusan temuduga. Dengan menggunakan sistem ini, calon hanya perlu mengisi maklumat peribadi seperti nombor kad pengenalan dan tarikh lahir untuk mendapatkan keputusan temuduga.

Selain itu, melalui sistem ini juga prosesnya menjadi lebih cepat dan mudah. Jadi calon tidak perlu lagi bersusah payah mencari atau menunggu informasi temuduga secara manual.

Semakan keputusan Temuduga SPP

Bukan itu sahaja,

Leave a Comment