MyIMMs e-Services : Login Dan Pendaftaran

Sistem Perkhidmatan MyIMMs e-services adalah platform dalam talian yang disediakan oleh Jabatan Imigresen Malaysia untuk memudahkan urusan pelanggan. Melalui platform ini, pelanggan dapat menyemak status permohonan, melakukan pembayaran, dan pelbagai fungsi lainnya.

MyIMMs e-service diperkenalkan untuk memenuhi keperluan pelanggan dan juga untuk memastikan matlamat serta arah tuju Jabatan dan Kementerian tercapai.

Oleh itu, di sini kami akan membincangkan serba sedikit mengenai sistem MyIMMs e-Services untuk pengetahuan anda.

Perkhidmatan Yang Disediakan MyIMMs E-Services

Terdapat beberapa perkhidmatan yang disediakan oleh MyIMMs e-Services ini. Antaranya adalah :

1. Kemudahan Akses

  • Pengguna boleh dengan mudah mengakses platform ini melalui pautan MyIMMs e-Services, tanpa perlu pergi ke pejabat imigresen untuk mendapatkan perkhidmatan.

2. Status Permohonan

  • Anda boleh menyemak status permohonan anda dengan menggunakan sistem ini.

3. Pembayaran dan Pencetakan

  • Apabila permohonan anda diluluskan, anda boleh membayar dan mencetak pelekat melalui sistem ini.

4. FOMEMA Check-Up:

  • Dengan sistem ini juga, pengguna boleh membuat pemeriksaan FOMEMA.

Cara Daftar MyIMMs e-Services

Sebelum anda boleh menggunakan MyIMMs e-Services, langkah pertama yang perlu anda lakukan adalah mendaftar akaun anda. Berikut adalah cara-caranya:

  1. Buka laman web MyIMMs e-Services di https://imigresen-online.imi.gov.my/
  2. Klik pada Sign Up
  3. Setelah itu, pilih salah satu Application Type
  4. Isi dan lengkapkan maklumat yang diminta

Cara Login MyIMMs e-Services

Berikut adalah langkah-langkah yang perlu anda ikuti untuk login ke MyIMMs e-Services:

  1. Layari laman web https://imigresen-online.imi.gov.my/
  2. Masukkan Application Type, Username, dan Password diruang yang disediakan
  3. Kemudian, klik pada butang login
  4. Selesai

Dengan menggunakan Platform MyIMMs e-Services ini, urusan kita yang berkaitan dengan imigresen di Malaysia menjadi lebih mudah. Dengan adanya beberapa perkhidmatan yang disediakan di dalam sistem tersebut. Walaupun sistem ini mempunyai beberapa kelemahan, kelebihannya jauh lebih besar daripada kekurangan yang ada.

Semoga apa yang kami kongsikan berkaitan sistem MyIMMs e-Services dalam artikel ini dapat membantu anda dalam memahami cara untuk menggunakannya. Semoga membantu dan memberi manfaat kepada anda.

Leave a Comment