myCPD KKM 2.0 : Login & Semakan

Kementerian Kesihatan Malaysia telah mewujudkan Program Continuing Professional Development (CPD) sejak tahun 2007 untuk memudahkan setiap stafnya menguruskan mata CPD yang dikumpul. Program ini merupakan salah satu kaedah yang digunakan untuk meningkatkan kompetensi pegawai.

APA ITU myCPD KKM 2.0

Continuing Professional Development (CPD) adalah program pembelajaran berterusan secara sistematik yang bertujuan untuk meningkatkan ilmu pengetahuan, kemahiran, dan pengalaman pegawai di dalam bidang masing-masing. Program ini memainkan peranan penting dalam meningkatkan profesionalisme pegawai dan membantu mereka memperoleh kemahiran baru yang diperlukan.

Melalui sistem myCPD oleh KKM ini, staf KKM yang telah menghadiri seminar, latihan, atau kursus yang menawarkan mata CPD dapat menguruskan mata CPD mereka dengan lebih mudah dan sistematik. Mereka juga dapat terus memperbaharui ilmu dan memberi sumbangan yang lebih baik dalam bidang ini.

KEPENTINGAN MATA CPD

Antara kepentingan Mata CPD ini adalah :

  • Pembaharuan Sijil Amalan Tahunan / Annual Practicing Certificate (APC)
  • Keperluan Tujuh (7) hari latihan bagi penjawat awam (sama tara bagi 40 mata kredit kumulatif setahun bagi pengguna myCPD KKM)
  • Pembaharuan pendaftaran dalam National Specialist Registry (NSR) bermula pada 2023
  • Key Performance Indicator (KPI) – objektif kualiti dan kompetensi dari pengguna, penceramah dan penganjuran aktiviti CPD
  • Anugerah Perkhidmatan Cemerlang
  • Pembangunan kerjay di dalam profesion

CARA DAFTAR, LOGIN myCPD KKM 2.0

CARA DAFTAR

Jika anda merupakan pengguna baru, berikut adalah langkah-langkah untuk proses mendaftar MyCPD KKM.

  1. Buka laman myCPD https://www.mycpd2.moh.gov.my/
  2. Klik pada Bahasa Melayu sekiranya anda ingin menukar ke bahasa Melayu
  3. Klik pada Daftar/Register
  4. Pilih kategori anda daripada 4 kategori yang disenaraikan:
    • Daftar Pengguna (Sektor Awam)
    • Daftar Pengguna (Sektor Swasta)
    • Daftar Provider (Sektor Awam)
    • Daftar Provider (Sektor Swasta)
  5. Seterusnya anda akan dibawa ke halaman Borang Pendaftaran Pengguna Baru
  6. Masukkan segala maklumat yang diperlukan dengan lengkap
  7. Seterusnya klik pada Hantar
  8. Anda akan menerima email pengesahan pendaftaran sekiranya permohonan anda telah diterima oleh sistem myCPD KKM

CARA LOGIN

Berikut adalah cara untuk login myCPD.

  1. Layari pautan MyCPD di sini https://www.mycpd2.moh.gov.my/
  2. Halaman utama myCPD akan terpapar.
  3. Sila pergi ke bahagian Pengguna atau Provider.
  4. Pilih bahasa (Bahasa Melayu atau Inggeris)
  5. Masukkan ID pengguna atau nama pengguna
  6. Masukkan kata laluan
  7. Klik Log In untuk memasuki sistem myCPD

Leave a Comment