MyBayar Saman: Cara Semakan Saman Polis,JPJ, AES dan Trafik

Cara membuat semakan saman kini lebih senang tanpa perlu menghadirkan diri ke mana-mana pejabat untuk membuat semakan. Ianya boleh dibuat hanya melalui secara atas talian (online).

Polis Diraja Malaysia (PDRM) telah membangunkan satu website khusus untuk membuat semakan saman yang dikenali sebagai MyBayar Saman. Pada laman web ini, pengguna boleh membuat semakan saman berdasarkan nombor IC dan juga nombor plat kenderaan anda sendiri.

Selain itu, jenis kesalahan pengguna juga akan turut dipaparkan berserta gambar kenderaan anda ketika melakukan kesalahan.

Fungsi yang turut ada di dalam aplikasi Mybayar Saman ini adalah anda boleh terus membuat bayaran saman yang diberikan secara online melalui online banking pilihan anda sendiri. Senang bukan kaedah check saman online ini.

Jenis-jenis saman yang boleh disemak adalah semakan saman polis, check saman aes, jpj saman check, serta semakan saman trafik.

Cara Semakan Saman Melaui Online

Cara untuk melakukan semakan saman adalah melalui laman sesawang rasmi Mybayar saman pada pautan https://mybayar.rmp.gov.my/en

antaramuka aplikasi web mybayar saman.

Walaubagaimanapun, sebelum anda dapat menggunakan aplikasi ini, anda perlulah daftar sebagai pengguna dahulu.

Cara pendaftaran juga adalah amat senang, klik sahaja butang New User Sign Up dan lengkapkan borang pendaftaran yang diminta seperti yang tertera pada gambar di bawah ini.

pendaftaran mybayar saman online.

Seperti yang tertera pada gambar di atas ini, ianya adalah borang pendaftaran bagi menggunakan aplikasi semakan saman secara online ini.

Isi semua bahagian yang diminta, kemudian satu sms verifikasi akan dihantar ke telefon pintar anda bagi tujuan mengesahkan identiti. Setelah semuanya selesai,maka anda boleh log masuk seperti biasa untuk membuat semakan saman anda.

Semak saman Melalui Apps

Namun, jika anda tidak ingin menggunakan semakan melalui laman web, anda boleh terus memuat turun dan memasang aplikasi MyBayar Saman ini terus ke dalam telefon pintar anda.

Klik pautan di bawah mengikut jenis telefon pintar anda.

Antaramuka melalui aplikasi lebih mesra pengguna dan pengguna boleh membuat semakan pada bila-bila masa sahaja. Pengguna hanya perlu membuka aplikasi ini dan boleh melihat sama ada anda mempunyai saman ataupun tidak.

antaramuka aplikasi Mybayar Sama yang mesra pengguna.

Cara Check Saman Lain

Selain menggunakan MyBayar Saman, terdapat beberapa link lain yang boleh digunakan untuk melakukan semakan saman. Antaranya adalah;

Cara Check Saman SMS

Selain itu, anda boleh membuat semak saman melalui sistem pesanan ringkas (SMS).

Caranya adalah dengan:

Taip JPJSAMAN hantar ke 15888

contoh : JPJ SAMAN 9506125563 atau JPJ SAMAN ABC2345P

Semakan SMS Saman Polis PDRM:

Taip POLIS No ic ataupun dan hantar ke 32728

Mudah bukan untuk membuat semakan saman ini.

Cara Semakan Saman Melalui online

Melalui Mybayar saman.

Cara semakan saman menggunakan SMS.

Taip POLIS jarak No IC dan hantar ke 32728

Where can I pay Pdrm summon online?

Using Mybayar Saman

Where can I pay my Saman?

Using Mybayar Saman

Leave a Comment