Luqman Hakim Shamsudin, penyerang yang berasal dari Malaysia. Dikatakan bakal beraksi di Liga Perdana Inggeris.
Perkara ini diulas oleh Zakaria Rahim, bekas pengurus pasukan Selangor.
kata beliau,Luqman yang beraksi bersama kelab Belgium, KV Kortrijk diibaratkan seperti mencerahkan lagi peluang untuk bermain di liga profesional di UK.
Ini kerana,Luqman semakin hampir untuk mendapatkan visa bekerja ‘Tier 2’ atau ‘Tier 5’ Imigresen United Kingdom (UK).
Sebelah Kaki Melangkah ke EPL
“Untuk bermain di mana-mana liga profesional di UK bagi pemain Malaysia, dia perlu sekurang-kurangnya bermain di mana-mana liga utama di negara EU (Kesatuan Eropah).
Menurutnya, syarat untuk bermain di liga UK, adalah pemain tersebut perlulah sekurang-lurangnya telah bermain di mana-mana liga utama di negara Kesatuan Eropah.
Menurutnya lagi, mengikut peraturan, mana-mana pemain yang bermain di Eropah adalah bebas untuk ditawarkan pekerjaan bermain secara profesional di negara Eropah.
Beliau mengibaratkan, Luqman telah menjejakkan kaki sebelah untuk mendapatkan permit berkerja dan bermain bola sepak pada kategori ‘tier 2’ atau ‘tier’ 5.