Para pengguna jalanraya yang ingin meneruskan perjalanan dari Kuantan ke Kuala Lumpur dinasihatkan untuk menangguhkan perjalanan buat sementara waktu.
Perkara ini disebabkan oleh banjir yang berlaku di Kilometer 198 di antara persimpangan bertingkat Gambang dan Sri Jaya.
Perkara ini berlaku akibat limpahan dari air sungaiyang berlaku sejak 8.40 pagi tadi.
Kawasan terbabit dinaiki air sehingga tinggi 0.6 meter. Kedua -dua lorong di jalan tersebut ditutup bagi semua jenis kenderaan.
Baca: Semakan i-Sinar
Namun bagaimana, laluan LPT2 antara jalan Kuala Terengganu dan Jabor masih boleh digunakan tanpa sebaran masala.
Orang ramai yang bergerak ke Terengganu atau Kelantan dari jalan Lembah Klang dinasihatkan untuk berhenti sekejap di RnR Temerloh sebelum menyambung saki baki perjalana mereka.
“Pada masa yang sama, orang ramai dinasihatkan supaya mendapatkan maklumat keadaan trafik termasuk perkembangan banjir menerusi laman Facebook LPT2 atau menghubungi LPT2Line di talian 1800-88-0220 atau talian bantuan LPT di 1700-81-8700, twitter LPTTrafik atau laman Facebook Lebuhraya Pantai Timur.