Pembayaran Sumbangan Tunai Rahmah Fasa 2 akan bermula pada 5 April 2023 secara berperingkat. Bayaran akan dibuat dengan pemindahan terus ke dalam akaun bank yang didaftarkan dalam sistem STR (MySTR).
Bagi yang tidak mempunyai akaun, proses pembayaran boleh dilakukan di mana-mana cawangan Bank Simpanan Nasional (BSN) berhampiran anda. Pergi ke sana dan bawa kad pengenalan untuk tujuan pengesahan.
Cara Membuat Semakan Status
Untuk menyemak status, anda boleh;
- log masuk ke MySTR dengan menggunakan maklumat dari MyBKM sebelum ini.
- Anda boleh menyemak status melalui menu Semakan, Kemaskini, dan Maklum setelah log masuk.
Pembayaran
Pembayaran akan dibuat dengan pemindahan terus ke dalam akaun anda. Namun, jika akaun yang anda daftarkan tidak aktif atau sudah ditutup, sila semak status pengkreditan di MySTR. Jika ia menunjukkan gagal kredit, anda boleh pergi ke Cawangan BSN dengan bawa kad pengenalan untuk membuat tuntutan bayaran.
Waris
Bagi penerima yang uzur, sakit atau kurang upaya, waris boleh menjadi wakil untuk membuat pembayaran. Waris yang boleh membuat pembayaran adalah pasangan, ibu bapa, anak, adik beradik, dan cucu.
Lupa password
Jika anda terlupa kata laluan dan tidak dapat menjawab soalan keselamatan, ID MySTR anda akan dikenakan sekatan dan anda hanya boleh mencuba log masuk selepas 24 jam dari cubaan sebelumnya. Anda juga boleh menghubungi Hotline BKK LHDNM di 1800 88 2747.
Sila berhati-hati dengan penipuan dan scam yang makin aktif di internet. Tiada perkhidmatan semakan kelayakan STR yang disediakan oleh pihak LHDNM dari rumah ke rumah. LHDNM juga tidak mengenakan sebarang caj atau bayaran untuk perkhidmatan semakan Fasa 1 Sumbangan Tunai Rahmah. Untuk info yang sah, sila semak di https://bantuantunai.hasil.gov.my/
artikel lain: