Berita baik buat pengguna Amanah Saham Nasional Berhad. Pelancaran portal myASNB atau ASB online telah diwujudkan. Dengan adanya portal myASB ini, kini pengguna tidak lagi perlu menunggu beratur panjang untuk menyimpan, menyemak dividen, menambah pelaburan ataupun menyemak baki pelaburan.
Semuanya dapat dilakukan hanya melalui atas talian, dimana pengguna hanya perlu menggunakan telepon pintar atau laptop sahaja. Hal ini dapat memudahkan urusan pengguna.
Bermula dari 3 Mac 2022, pengeluaran ASB sebanyak RM2,000 sebulan juga dapat dilakukan secara online melalui MyASNB.
Apa itu MyASNB
MyASNB adalah sebuah portal yang dimiliki sepenuhnya oleh Amanah Saham Nasional Berhad (ASNB) yang mungkin belum dikenali oleh sesetengah individu. Ianya merupakan platform dalam talian yang mudah dan selamat yang membolehkan pelanggan ASNB melihat pegangan dan melaksanakan urusniaga di mana sahaja dan pada bila-bila masa.
Perkhidmatan Yang Disediakan
Antara perkhidmatan yang disediakan dalam MyASNB termasuklah :
- Pertanyaan butiran pegangan semasa
- Melihat rekod transaksi portal sehingga 90 hari
- Pelaburan tambahan
- Kemaskini maklumat peribadi
Cara Daftar ASB Online Melalui Portal myASNB
Untuk menggunakan perkhidmatan myASNB, pengguna perlu mengemaskini maklumat peribadi seperti nombor telefon bimbit, alamat e-mel, dan alamat surat menyurat terlebih dahulu. Pengemaskinian ini boleh dilakukan di mana-mana cawangan ASNB atau ejen sah ASNB seperti pejabat pos.
Berikut adalah cara untuk daftar dan gunakan perkhidmatan ASB online.
- Masuk laman web myASNB
- Klik “Daftar di sini”
- Isikan maklumat akaun ASNB anda seperti yang tertera di skrin
- Tekan “Seterusnya”
- Sahkan nombor telefon bimbit anda seperti yang didaftarkan dengan ASN, kemudian klik “Request TAC”
- Seterusnya masukkan no TAC yang diterima
- Cipta akaun portal myASNB
- Tentukan ‘Username’ atau ID Pengguna anda
- Masukkan Frasa Selamat
- Pilih TIGA soalan keselamatan dan masukkan jawapan yang berkenaan
- Klik ‘Tamat’ untuk melengkapkan pendaftaran
Login myASNB Kali Pertama
- Klik ‘Log masuk’ di laman web myASNB
- Masukkan ID Pengguna dan kata laluan sementara
- Kemudian, sistem akan meminta anda supaya menukar kata laluan yang baru.
- Kemaskini dan tukar kata laluan untuk tujuan keselamatan.
- Seterusnya, log masuk semula menggunakan kata laluan yang baru
- Selesai