Lagu Guru Malaysia Terbaik

Guru merupakan seorang insan yang sangat penting bagi setiap orang. Tanpa mereka, bangsa kita tidak akan mendapatkan pendidikan tentang adab dan pengetahuan yang diperlukan untuk menjalani kehidupan. Mereka adalah individu yang selalu bersungguh-sungguh dalam memberikan nasihat dan menjadi teladan bagi para pelajar.

Untuk menghormati dan mengenang jasa serta pengorbanan para guru, semua sekolah di Malaysia akan mengadakan sambutan Hari Guru pada 16 Mei setiap tahun. Selain mengadakan majlis khusus untuk Hari Guru, sebuah lagu juga akan dinyanyikan oleh para guru iaitu Lagu ‘Kami Guru Malaysia’. Di mana lagu ini merupakan salah satu aktiviti wajib dalam sambutan Hari Guru. 

Lagu tersebut menggambarkan semangat dan tekad para guru dalam memberikan yang terbaik kepada para pelajar sebagai pendidik. Meskipun liriknya singkat, namun memiliki kesan yang kuat dan dapat dipahami dengan baik.

Lagu Kami Guru Malaysia

Lagu “Kami Guru Malaysia” ini adalah karya dari Allahyarham Cikgu Hashim Ahmad, iaitu seorang pendidik yang berasal dari Kedah. Lagu ini memiliki fakta menarik di mana ia pernah dipertandingkan dalam Pertandingan Menulis Lagu & Lirik Guru Malaysia pada tahun 1988.

Hingga saat ini, lagu ini masih digunakan oleh para guru terutama waktu merayakan Hari Guru.

Lirik Lagu Kami Guru Malaysia

Kami Guru Malaysia
Berikrar dan berjanji
Mendidik dan memimpin
Putra putri negara kita

Pada Seri Paduka
Kami tumpahkan setia
Rukun Negara kita
Panduan hidup kami semua

Di bidang pembangunan
Kami tetap bersama
Membantu, membina
Negara yang tercinta

Amanah yang diberi
Kami tak persiakan
Apa yang kami janji
Tunai tetap kami tunaikan

Di bidang pembangunan
Kami tetap bersama
Membantu (membantu), membina (membina)
Negara yang tercinta

Amanah yang diberi
Kami tak persiakan
Apa yang kami janji
Tunai tetap kami tunaikan (2x)

Koleksi Lagu Tema Hari Guru

Selain lagu ‘Kami Guru Malaysia’, terdapat juga beberapa lagu lain yang memiliki tema Hari Guru. Berikut ini adalah daftar lagu-lagu tersebut.

  1. Guru Pembina Negara Bangsa
  2. Guru Penjana Transformasi Pendidikan Negara
  3. Guru Inovatif Melonjakkan Transformasi Pendidikan Negara
  4.  Transformasi Pendidikan Negara – Hafiz & Stacy

Senarai Lagu Bertemakan Pendidikan

  1. Dendang Si Alai – Terima Kasih Cikgu
  2. Najwa Latif dan Upin Ipin – Terima Kasih Cikgu
  3. Saujana – Terima Kasih Guru
  4.  In-Team – Lilin Seorang Guru
  5. Mirwana – Terima kasih Guru

Leave a Comment